Tuesday, May 26, 2009

Gangguan Seksual

Jenis gangguan seksual kat bawah ni teman petik daripada Kod Amalan untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja oleh Persekutuan Majikan Malaysia,1999 yang mengariskan perlakuan-perlakuan:-

1. Gangguan Seksual Secara Langsung, yang mana melibatkan permintaan layanan seksual untuk memenuhi sesuatu niat di dalam operasi biasa pentadbiran organisasi;
2. Gangguan Secara Lisan, melibatkan perlakuan yang menjurus kepada seksual melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi-bunyian;
3. Gangguan Secara Isyarat, adalah perlakuan yang berbentuk pandangan atau kerlingan yg membayangkan suatu niat seksual...
4. Gangguan Visual, iaitu perlakuan seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis penulisan berunsur seksual, mendedah bahagian badan yang sulit;
5. Gangguan Secara Psikologi, adalah berbentuk perlakuan mengulangi jemputan sosial, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu;
6. Gangguan Secara Fizikal, yang melibatkan perlakuan seperti sentuhan yang tak diingini, menepuk, mencubit, mengusap dan menggesel badan, memeluk, mencium dan membuat serangan seksual seperti meraba.

Selain itu daripada Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam turut mengariskan perlakuan, keadaan dan perbuatan seperti di atas yang turut dianggap sebagai gangguan seksual di mana teman rasa ada sedikit penambahan elemen penting. Elemen tersebut merujuk kepada dalam keadaan setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung atau terhina sehingga mencetuskan kesan atau emosi negatif seperti rasa tidak selamat atau takut kepada seseorang

......Cuma sedikit ingatan dan ilmu untuk dimanafaatkan bersama....

Sekiranya gambo yang teman uploadkan nie, kome berasa tersinggung atau terhina sehingga mencetuskan emosi tak selamat dan takut pada teman... teman mintak maap sebab teman takde niat nak memperlakukan gangguan seksual pada kome semua terutamanya pada Azrul dan Nizam. kih kih kih....

1 comment:

kole said...

nasib baik gambo teman takde dlm ni.