Wednesday, December 30, 2009

... nah anony

Disebabkan anony pernah bertanyakan berkenaan poster filem Driving School... ini ada teman upload daripada blog filem. Seingat teman filem nie dulu capai tahap box office. Tapi rasenya teman tak pergi le ke panggung untuk filem ini... tak tau la plak kalau tuan admin kita pegi, takde le pulak dia ngajak. Filem nie pun ada febret artis tuan admin.

p.s : poster URTV julia raeh tepi kolam ayor tue dulu rasenya ada ditampe dekat katil sahabat kita di dorm A6.... samada katil matku ataupun silu... lupe la yop

Tuesday, December 29, 2009

Artis


..... ingat tak filem nie,,, setahu teman, saudara admin kita 2 kali masuk panggung Lido tengok filem nie... kali kedua dia ajak teman. Kata dia minat sangat dengan artis tue.... cerita tue tahap 18SG tue.

Monday, December 28, 2009

Moh Le Bayor

Teman saja nak mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat bahawa tinggal 4 hari sahaja lagi kalau kita nak dapat sedikit/secebis/sekelumit kelebihan dunia bila kita bayor zakat. Bukan lebih apa, cuma dapat rebat cukai je.... Yang pentingnya nawaitu kita berzakat kerana Allah S.W.T.

Tuesday, December 22, 2009

Samseng Lipat Lengan


Ini lah gaya biasa yang dilihat dulu-dulu.... baju dah lengan pendek pun dia lipat juga... termasuklah stokin

Monday, December 21, 2009

13 Tahun Laaaa

Saja teman petik dari gambar kenangan yang masih disimpan oleh sahabat senior kita Saudara Meor Azam. Ini la rupa sahabat kita semasa berumur 13 tahun... Sedara Mos Johari Rohaiza dan Hairudin Munaim..... dua dua encem... dan lagi teman mintak maap sebab teman sebenarnya dah lupa nama 3 orang lagi yang bergambar dengan sahabat kita nie..... senior tu.

Wednesday, December 16, 2009

Jack Love Jane

hai... my name Jack
oola... i'm Jane
We're in love

Tuesday, December 15, 2009

SANA-SINI PERTH - JACARANDA TREE


Assalamualaikum,
Saya ni kira 'minah bunga' sebab suka sangat kat bunga...jadi cerita pasal bunga lagi..lagipun mengagumi alam semulajadi ciptaan Allah...
Pokok ni 'special' sebab bila penghujung musim bunga, semua pokok diliputi dengan bunga-bunga berwarna ungu kebiruan...nama pokok ni Jacaranda- bahasa orang asli Australia.
Tapi asal pokok ni dari Brazil. Tapi tak lama,lebih kurang sebulan, slowly diganti dengan daun balik...
Yang diatas tu rumah sewa saya, berlatarbelakangkan pokok yang indah ini...
P.S: dah tau dah siapa 'anony', sekarang ni keluar pulak, 'jack' and 'jane', kenapa tak jack and jill?

Moh Makan Kambing Rumah YusMarat

sembilan beleh aribulan dobeleh dua ribu sembilan... hari sabtu kat senawang, patploh lime menit je dari kolompo.

nota kaki : -- untuk kaum-kaum bapa ini adalah alasan paling kukuh untuk membujangkan diri pada hari sabtu tersebut.

Monday, December 14, 2009

Fertigasi


Ini le hasilnye kalau kome berbudi kepada sabut kelapa........ tanam tomato secara kaedah fertigasi. Ini bukan teman punya tapi kawan teman punya pokok.......


Thursday, December 10, 2009

Tuan Loyar


Kali ini teman hendak memperkenalkan seorang lagi keluarga sahabat kita yang kini berada di Kampar, Ipoh. Aidy Hasrizal Bin Rofles...(mintak maap yop, lupa benor teman nak geja nama ayah mike). Sahabat kita nie sedang pratice dalam bidang keloyaran. Firm beliau ada di Kampar. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, sedara kita nie setiausaha kepada Alumni Bainun...rase nye

Pada sahabat-sahabat yang berada di Ipoh memang dah biasa dengan beliau.... cuma yang berada diluar Ipoh, gambar ini lah sahaja yang boleh mengingatkan kita kepada beliau. Rupa dah le tak berubah,,,,,, cakap dan jalan masih macam dulu jugak, lajuuuuuuu je.

Wednesday, December 2, 2009

Keluarga Muhammad Rizal Bin Rosly

Ini adalah gambar keluarga sahabat kita saudara rizal... Tok Meneger Bank Islam KL Sentral nie bermastautin di Bangi. Jadi kalau ada sesiapa yang berada atau sesat di sekitar KL Sentral pada waktu kerja sila lah melawat beliau di Bank Islam di situ.

Teman bukan apa, dah lama teman nak tunjuk kan pada sahabat-sahabat semua akan anak perempuan beliau yang tarikh lahirnya pada 080808.

Monday, November 30, 2009

Survey


Salam...Mohon Kepada Semua Ahli Bainunalumni @ Bekas Pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh memberi pendapat mengenai Grand Reunion Bainunalumni 25 Tahun di alamat berikut http://www.kwiksurveys.com/online-survey.php?surveyID=LBKNH_e1beb&ooo=NCKHOI_d1be419c Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai..

sekian terima kasih

Thursday, November 26, 2009

Takbir

Untuk kita sama-sama amalkan

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

sempena hari raya korban yg bakal tiba beberapa hari lagi,disini pihak admin ingin mengucapkan selamat berhari raya kepada semua.disamping itu pihak admin juga ingin mengingatkan kepada kekawan yang akan pulang ke kampung tu supaya berhati-hati dijalan raya, jangan sampai terkorban pulak.

pihak admin juga mendoakan agar kawan-kawan yang sedang menunaikan fardhu haji tahun ni akan mendapat haji mabrur hendaknya.pihak admin juga mendoakan kepada semua kekawan agar dapat menunaikan fardhu haji satu hari nanti.kepada sesiapa yang berkemampuan membuat korban pada tahun ini tahniah diucapkan dan teruskan amalan yang mulia ni.

sekian

Thursday, November 19, 2009

SANA-SINI PERTH - SWAN RIVER



Assalamualaikum...
Gambar-gambar di atas tu, gambar Swan River, berlatarbelakangkan Perth City. Saudara Rozal ada bertanya apa landmark Perth, inilah dia nye...Perth ni kecik je, kecik daripada bandaraya Ipoh tu...skyscrapers pun tak banyak..bukan macam Sydney. Dulu ada banyak 'black Swan' kat sungai ni, tapi sekarang dah kurang. Satu hari tu ada enam ekor berenang tapi sayang tak bawak camera pulak, bila bawak camera, tak de pulak dia datang. Swan river panjang dan lebar, macam laut, terutamanya kalau masa awan membiru, airnye pun macam laut. Macam-macam aktiviti orang buat di Swan River ni, 'yatching', 'canoeing', memancing..kalau kat tepi sepanjang sungai tu, ramai berjogging, 'cycling' dan makan-makan;barbeque dan picnic...
Okay, Selamat Menyambut Hari Raya Korban...
P.S: kat sini nak buat korban, harga kambing murah, seekor 60 oz dollars je=lebik kurang RM180. Juga didoakan kesejahteraan sahabat yg pergi menunaikan Haji- Doey dan Azah
Wassalam

Friday, November 13, 2009

Aidil Adha Di Mana Yop?

Ada program silatulrahim masa raya korban nanti tak pada sahabat-sahabat di Kuala Lumpur yang tak balik Perak ????

Tuesday, November 10, 2009

Gambo Puteri Teman

Gambar Pertama Hari Dilahirkan 2 Oktober 2009


Gambar Kedua Sebulan 2 Hari 4 November 2009




Salam buat kengkawan sume. Harap semuanya sihat sejahtera. Kawan kita Norazah Wahid tengah di Tanah Suci mengerjakan Haji. Bila terfikir diri sendiri bila lah gamaknye dipanggil selepas ke umrah 2006. Insya-Allah dalam masa terdekat ni berazam untuk ke Tanah Suci sebelum umur 40. Lagi 4 tahun lagi tu x lama lagi....


Apapun kali ni teman berkarya sebab nak kongsi ngan kengkawan sekalian gambo puteri teman DHIA WAFA WAFIYYA (DHIA: Cahaya , Sinaran; WAFA: Ketaatan, Kesetiaan, Kepercayaan; WAFIYYA: Yang melengkapi, Sempurna, Benar, Dipercayai) Semoga ia memberi sinar kebahagian buat kami sekeluarga selepas 10 tahun menadah tangan berdoa kepadaNYA. Semoga ia menjadi anak dan seterusnya muslimah yang solehah.Ucapan Terima Kasih kami buat semua kengkawan yang telah mendoakan semoga puteri teman selamat dilahirkan. Alahamdulillah masa dilahirkan berat 2.81kg dan sekarang 4.0kg.

Kalau takde aral Insya-Allah kami akan mengadakan majlis Aqiqah dan cukur jambul pada 19 December 2009 ini. Insya-Allah jika diizinkan Allah. Kalau confirm saya akan officially hantar undangan ke majlis tersebut buat mereka yang berdekatan ngan Seremban dan yang berkelapangan.

OK Over and Out dulu

Monday, November 9, 2009

Brother

Ada sesiapa ingat brother-brother dalam gambar nie tak? Masa kita lapor diri tingkat 1 tahun 1986 dulu, brother-brother nie tingkatan 5. Time tue kita nampak beso benor dah deme nie.... dan rasenya deme tengok kita nie nampak macam budak-budak betui(... maklumlah tak baligh lagi, suara pun tak pecah). Apa taknya masa teman jumpa salah sorang daripada brother tue dia cakap langsung tak kenal dah sebab yang dia ingat dulu kita rupa macam budak-budak lagi.

Zaidi, Osman, Zamir n Ahmad Nor

Jumairi n Jad

Zaidi, Osman, Kamarul n Ahmad Nor

Friday, November 6, 2009

Terkezut

...... tajuk je udah macam tulisan mama juwie kih kih kih.... peristiwa ini berlaku baru-baru nie. tak sangka betui.... . Semasa sesi photografi beramai-ramai , pasangan pengantin baru sorang nie dah naik sheh(baru kawin le katakan)... sehingga menyebabkan kegemparan di dalam dewan. Walaubagaimana pun sahabat-sahabat kepada pengantin tetap "sporting" terutamanya sahabat-sahabat yang berada dibarisan hadapan yang melihat aksi tersebut....
p.s : Bro Johar!!! nampak macam geram je???

Wednesday, November 4, 2009

Tuan Haji


Gambar teman, sahabat dan Tuan Haji Kamarulzaman Bin Mat Tuah. Masih sihat , ceria, bertenaga dan masih dihormati. Adakah kita berasa masih berhutang dengan beliau????? Hutang terima kasih yop.....

Tuesday, November 3, 2009

Perjumpaan Ringkas


Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah sudi hadir ke perjumpaan di kantin sekolah kita dulu-dulu... walaupun objektif asal tidak tercapai untuk mengumpul sahabat-sahabat wanita tapi teman tetap bersyukur sebab kita....( isk macam formal plak). Teman rase yang hadir hari tue semua puas hati sebab dapat menatap balik tempat yang pernah menjadi nostalgia masing-masing 20 tahun dahulu, walaupun tak dinyatakan dengan bahasa tetapi ada masanye masing-masing terdiam membisu sebentar ,mengenang masa-masa lalu le tue.......... Tapi kome nie kalo time melawak udah rope bebudak....
Next time ok.....


Lokasi Persidangan 2

Court tenis dan volleyball ...... dulu masa kecik loncat siap boleh spike, tapi sekarang test lompat dah tak sampai... net tue deme dah bagi tinggi skit la.




Belakang rumah ustaz dah ada 2 blok bangunan lagi... isk isk dulu hutan je


Gambar turun daripada rumah kakitangan atas bukit... gambar aspura di kanan dan di sebelah kiri telah ada 2 blok tambahan dari blok asal yang menempatkan library n bilik komputer.... belakang bilik komputer dulu adalah tapak anggota-anggota st john menjalankan aktiviti untuk mengelak dari bertembung dengan pasukan pengakap dan kadet bomba.... Khairi Nordin adalah anggota pasukan St. John.

Lokasi Persidangan

Akhir sekali selepas 20 tahun teman dan rakan-rakan telah berjaya menjejakan kaki ke tempat yang pernah kita sama-sama menuntut ilmu serta erti kehidupan.


Gambar court basketball tempat geng toing-toing bergurau sendang... siap dah tumbuh pokok ru besar pulak tue. Dulu kosong je kan.


Dewan makan sekolah, masih macam dulu..... semasa sidang berlangsung di kantin pada jam 12.30 pelajar-pelajar kelihatan berlari balik dan bila ditanya nak balik makan tengah hari hari ini lauk ayam masak merah.

Blok yang pernah menempatkan kita belajar... dah ada satu bangunan di hadapannya

Gambar mula


Saturday, October 31, 2009

SANA-SINI PERTH -BUNGA OH BUNGA



Assalamualaikum...di sini musim bunga (spring) dari bulan September sampai Disember...time ni rasanye Perth paling cantik dan 'colourful' dengan bunga-bungaan. Sesiapa yang meminati bunga time ni lah paling elok datang..suhu pun 'just nice', angin dia nyaman lagi; tak panas sangat dan tak sejuk sangat sampai ke tulang. Tapi sesiapa yang ada allergic pada debu bunga ataupun asthma, kena careful lah dan bawa medication anda.
Siapa tahu apa maksud 'Mat Bunga'? orang lelaki suka bunga ke, orang lelaki berwatak perempuan ke, orang lelaki suka bagi bunga? ada sesiapa mat bunga dalam batch kita?

Monday, October 19, 2009

Thursday, October 15, 2009

Cadangan Sidang Dewan Di Kg. Manjoi


...... Saya tuan speaker yang telah dilantik oleh almarhum Paduka Seri Sultan Muzafar Shah (makamnya ada di Telok Bakong, Bota Kanan) iaitu anakanda kepada Sultan terakhir kerajaan Melaka Sultan Mahmud Shah daripada isteri ketiga beliau yang bernama Puteri Onang Kemuning setelah mendapat wasiat daripada mimpi baginda bertemu dengan Raja Shah Jahan(King of Gangga Negara)... dengan ini mencadangkan satu sidang ringkas dan pantas.

Majlis yang dicadangkan akan diadakan pada 1 November 2009 jam 9pagi sehingga 1tgh bertempat kantin sekolah Sekolah Menengah Manjoi di kampung Dato' Ahmad Said. Aturcara majlis yang dicadangkan adalah seperti dibawah :

8.30 am - Ketibaan VVIP(tuan speaker)
9.00 am - Ketibaan ahli-ahli
9.01 am - Sesi sidang
1.15 pm - Zohor
1.30 pm - Bertolak ke Medan Gopeng
4.00 pm - Bersurai

Adalah dengan ini dijemput semua sahabat-sahabat 8690 yang tinggal di seluruh pelusuk nusantara untuk hadir, sila maklumkan rancangan ini kepada ahli-ahli yang saya tidak berkesempatan untuk saya sms dan hubungi melalui telefon(sebab teman takde no telepon deme) .....Kehadiran ahli-ahli sidang Wanita adalah amat amat diharapkan supaya sidang ini akan menjadi lebih meriah. Saya meminta semua ahli-ahli sidang supaya dapat merancang kehadiran, cara, bagaimana, bila dan masa dengan baik untuk menjadikan majlis sidang yang dicadangkan menjadi kenyataan. Yang memerlukan pujukan khas bolehlah memulakan daripada sekarang.

Sekian, saya amat memerlukan feedback daripada ahli-ahli kita untuk menzahirkan majlis ini. Saya akan membuat pengesahan dengan ahli-ahli pada minggu terakhir bulan Oktober untuk tujuan pengesahan, samada majlis tersebut boleh diteruskan ataupun ditangguhkan. Kalo ada ape-ape tolong telefon teman atau saudara Fadzli aka Kole.

p.s.... kalo speaker yang raje perak pertame lantik ini pun kome tak nak dengo....

Thursday, October 8, 2009

SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN & HARI ANUGERAH SMK RAJA PERMAISURI BAINUN,IPOH

HARI : SELASA
TARIKH : 20 OKTOBER 2009
WAKTU : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR, SMK RAJA PERMAISURI BAINUN,IPOH

DYMM RAJA PERMAISURI PERAK, TUANKU BAINUN TELAH SUDI MENCEMAR DULI UNTUK MERASMIKAN SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN & HARI ANUGERAH SMK RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH.

PAMERAN BAINUNALUMNI TERBILANG & AKTIVITI PELAJAR AKAN DIADAKAN.PIHAK BAINUNALUMNI TELAH BERSETUJU UNTUK MEMBINA SEBUAH TUGU KENANGAN SEMPENA SAMBUTAN INI.

PIHAK BAINUNALUMNI TELAH DIMINTA UNTUK MEMBANTU PIHAK SEKOLAH & PIBG UNTUK MENJAYAKAN SAMBUTAN INI.JUSTERU ITU,PIHAK BAINUNALUMNI INGIN MENYERU AGAR KEPADA AHLI-AHLI BAINUNALUMNI DAPAT MEMBANTU DENGAN MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA TABUNG BAINUNALUMNI YANG MASIH BELUM MENCUKUPI UNTUK MENJAYAKAN SAMBUTAN DIATAS.

SEBARANG SUMBANGAN TUNAI BOLEH DIBUAT DI AKAUN MAYBANK BAINUNALUMNI : 558220216833 (MAYBANK CAW. JELAPANG)JIKA CEK,BOLEH DIBUAT ATAS NAMA BAINUNALUMNI.

SOKONGAN & SUMBANGAN RAKAN-RAKAN AMATLAH DIHARGAI DEMI MENJAYAKAN SAMBUTAN INI.HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG AKAN MEMBALAS JASA & SUMBANGAN IKHLAS ANDA.

KEPADA YANG TELAH MENYUMBANG,UCAPAN TERIMA KASIH DARI PIHAK BAINUNALUMNI.SEKIAN,TERIMA KASIH

Monday, October 5, 2009

Berita Gumbira

Dalam tempoh tiga hari ini teman telah mendengar 2 berita gumbira daripada sahabat kita. 3 baby girl telah selamat dilahirkan untuk menyemarakkan lagi ahli keluarga kita.

Saudara Yusri Marat telah selamat menerima kelahiran anak sulong perempuan mereka setelah menunggu bertahun-tahun pada tengahari selepeh solat jumaat 2 Okt 2009. Manakala saudara Mohd Irzan(Mat Jan) juga telah menerima kelahiran anak kembar perempuan pada pagi Ahad 4 Okt 2009 semalam. Alhamdullilah semua isteri sahabat kita dan baby di dalam keadaan yang selamat sihat walafiat.

isk.... dah lame tak mendukong baby nie.

Thursday, September 24, 2009

SANA-SINI PERTH - RAMADHAN DAN SYAWAL



Assalamualaikum...alhamdulillah kami di sini selamat menyempurnakan ibadah puasa seterusnya menyambut aidilfitri...waktu berbuka puasa di sini awal sedikit berbanding Malaysia sebab sekarang masih di akhir winter, dalam pukul 6 petang dah berbuka, perpuasa dari pukul 5 pagi....disebabkan komuniti melayu islam di sini agak ramai, ada juga bazar ramadhan tapi hari ahad saja, di buat di salah sebuah masjid di sini, dapatlah jugak merasa membeli kuih kat sini...Pagi raya pula, suami dan anak-anak menyempurnakan sembahyang raya di masjid ini(gambar diatas, masjid Rivervale) ada lagi dalam 4-5 masjid lagi di sini, semuanya penuh sampai luar masjid orang sembahyang ( standardlah tu kan...sembahyang raya mesti penuh tak muat-muat, tapi sembahyang lain tak)...okay, salam aidilfitri..semoga kita dapat bertemu ramadhan dan syawal tahun depan, Insya Allah

Tuesday, September 15, 2009

ucapan selamat hari raya

disini pihak admin mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin.sepanjang admin mengendalikan ruangan blog ni mungkin ada yang tersinggung dan terguris perasaan secara sengaja ataupun tak sengaja.maklumla admin ni pun manusia biasa yang tak pernah lepas dari kesilapan.sekali lagi mintak ampun.

lagi satu sesiapa yang berkesempatan bolehlah menyampaikan ucapan selamat dan mohon maaf di ruangan komen.sekian

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN

Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat ku sekalian,

Reminder utk update malam ke 27 Ramadan adalah pada 16 Sep 09 (Rabu) . Harap update reminder h/p sdr/i …

Dengan jalinan silaturrahim kerana kecintaan terhadap Allah dan hari akhirat, mudah-mudahan kita termasuk dalam sepotong hadis yang bermaksud;
Dari Hazrat Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. akan membangkitkan pada hari kiamat setengah-setengah kaum yang muka-mukanya cemerlang, menyilaukan mata. Mereka berada di mimbar-mimbar mutiara. Orang ramai akan mencemburui dan beririhati dengan mereka sedangkan mereka itu bukannya Nabi dan bukan pula Syahid”.
Maka seorang berkata: “Ya Rasulullah s.a.w. terangkanlah kepada kami tanda-tanda mereka supaya dapat kami mengenali mereka-mereka itu.”
Sebagai menjawab Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mereka itu ialah orang-orang yang berasal dari keluarga dan kampung yang berlainan yang datang berkumpul di suatu tempat lalu mencintai Allah dengan menyebut-Nya”.


Selamat menyambut malam lailatul Qadar dengan penuh ketakwaan...

Tuesday, September 8, 2009

solat terawih

kekadang teman teringat waktu sembahyang terawih kat sekolah dulu.ada macam-macam cerita pasal benda ni.salah satu nya yang memonteng dan main waktu sembahyang terawih ni,termasuk la aku.kalau budak pompuan tu aku paham la,diaorang ada alasan kukuh tapi yg lelaki????
tapi itu semua adalah kenangan menarik waktu kat sekolah dulu yang tak boleh nak mengalaminya lagi,sekali seumur hidup.
sekarang kita semua dah meningkat usia dan bab-bab ponteng sembahyang ni sepatutnya dah lama dibuang.benda tak elok simpan buat apa.bila teman bawak anak teman yang lelaki sorang tu pegi sembahyang terawih teringat teman masa kecik-kecik dulu.lebih kurang sama la ngan teman.nak gelak pun ada,nak marah pun ada gak.tapi bebudak memang dah perangai nya macam tu,bapaknya dulu silap-silap lagi teruk.ha..ha..sabor je la.
last sekali baki ramadhan yang tinggal ni sesama le kita berusaha menambahkan ibadat kita lagi.ramadhan tahun depan belum tentu kita akan bertemu lagi.insyaallah.



p/s seminggu sekali tak dpt solat terawih berjemaah,atas bas(sembahyang sendiri je)

Friday, August 28, 2009

SANA-SINI PERTH - OZ'S ANIMALS



Assalamualaikum dan salam Ramadhan al -Mubarak...
kalau datang Perth tak jumpa kangaroo, wombat and koala tak sah lah...binatang-binatang ni boleh kita jumpa di Caversham Wildlife Park ( about 30 minute-drive from Perth City) dan Perth Zoo ( about 10 minute-drive from Perth)
Tengok si Koala tu, nak peluk pokok sokmo, it's very shy animal...yg minah salleh tu pegang, wombat, pun pemalu tak nak orang lain pegang...kangaroo okay, dah biasa dgn visitors...all the photos taken were at Caversham, it is more interesting than Perth Zoo
okay...wassalam