Monday, March 29, 2010

Poligami

Poligami bermakna sistem perkahwinan yang mana seorang lelaki yang cukup syarat-syaratnya berkahwin lebih daripada satu perempuan iaitu sehingga empat.

-hanya Al-Quran sahaja sebagai kitab agama yang menetapkan supaya berkahwin satu.tidak ada dalam Vedas,Ramayanan,Mahabharat,Geetha,Thamud dan Injil.kitab-kitab itu tidak ada halangan kepada bilangan isteri dan hanya beberapa kurun barulah Sami Hindu dan Gereja Kristian menghalang perkahwinan lebih daripada satu.Yahudi dalam negara Islam melarang perkahwinan lebih daripada satu pada tahun 1950.Orang Hindu dilarang berkahwin lebih daripada satu melalui akta perkahwinan hindu bertarikh 1954.Mengikut rekod lebih ramai orang Hindu yang berkahwin lebih daripada satu jika dibandingkan dengan orang Islam,mengikut bancian tahun 1951-61.

-Al-Quran sangat jelas tentang perkahwinan,iaitu dalam ayat 3 surah An-Nisaa'(4) yang bermaksud:
....maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan dua,tiga atau empat.kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku ADIL(diantara isteri-isteri kamu)maka (berkahwinlah dengan) SEORANG sahaja....
dalam surah yang sama ayat 129 Allah berfirman yang bermaksud:Dan kamu tidak akan dapat berlaku ADIL diantara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh(hendak melakukannya).

Poligami adalah jatuh kepada hukum HARUS dan tidak dapat dirumuskan bahawa orang yang beristeri lebih daripada satu itu lebih alim daripada yang tidak berpoligami.

Wallahualam.

Sumber:petikan drpd buku '20 most common questions about Islam' oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik

Saturday, March 13, 2010

SANA-SINI PERTH - wallaby vs kangaroo




Assalamualaikum...
Sesiapa yang meminati sukan, mesti biasa dengar "wallabies" kan..team rugby Australia...kedua-dua gambar di bawah tu - haiwan wallaby, kedua-dua gambar di atas pulak - haiwan kangaroo. Sekali imbas memang nampak lebih kurang je kedua-dua haiwan ni, tapi sebenarnye tak sama, cuma dari species yang sama;'marsupial'. Saiz wallaby kecil berbanding kangaroo. Warna kulit/bulu pun lain sedikit; wallaby berwarna hitam kelabu, manakala kangaroo, ada yang berwarna coklat kemerahan dan putih. Kedua-dua ada 'pouch' di perut untuk haiwan betinanya. Anak-anak haiwan ini dipanggil;'joey'.

Friday, March 5, 2010

Hanya Permata Mengenal Manikam

Teman pernah dengor Titanium Dioxide ngan Aluminium Dioxide yang merupakan 2 penggunaan biasa dalam kehidupan kita secara berpanjangan boleh menyebabkan kita boleh dapat sakit Alzheimer. Seriau plak teman dengor sebab 2 ingrediant tue kita biasa guna terutamanya melibatkan krim-krim medication. Yang teman seriau lagi rasenya aluminium dioxide tue ada dalam anti perspirant yang digunakan secara harian oleh kita...... krim jerawat kat bawah nie yang dulu-dulu semasa remaja kita pernah pakai pada labelnya ada titanium dioxide.

entah le betui ke idak .....