Sunday, February 28, 2010

JOM SIHAT - AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Assalamulaikum,

Semua orang tahu pasal gaya hidup sihat,cuma nak mengamalkannya memanglah agak susah.."easy said than done". Cubalah ikhtiar sedikit demi sedikit...

1. Pemakanan yang seimbang.
Piramid makanan dah biasa tengokkan. Kesimpulannya lebih kurang macam ni lah..
i. Ambil makanan karbohidrat secara sederhana. Kurangkan nasi dalam pinggan tu ( kita makan macam nak pergi bendang.. hakikatnya..kerja duduk je ( ni kena kat batang hidung sendiri!)
ii.Untuk sumber protein, kerap makan ikan berbanding ayam dan daging. Selain rendah kolesterol, ikan banyak Omega 3 yang baik untuk jantung dan otak.
iii. Banyakkan sayuran dan buah-buahan. Sangat bagus untuk sistem imuniti badan dan pembuangan najis yang teratur serta kurangkan risiko cancer.
vi.Kurangkan penggunaan santan, lemak tepu; butter. Cubalah masak secara kukus dan bakar. Sesekali gunalah minyak yang tinggi kandungan lemak tak tepu seperti;zaitun, bunga matahari (dalam Quran pun ada sebut pasal buah zaitun kan...)
Untuk 'dairy products', ambil susu atau keju rendah lemak sahaja.
v.Minum air kosong dengan kerap. Negara kita ramai yang menghidap batu karang dan penyakit ginjal yang lain, 'bersihkan' ginjal kita dengan air kosong selalu...

2. Aktifkan diri kita. Zaman sekarang ni punyalah banyak teknologi sampai kita duduk saja...computer, TV, games dan lain-lain...yang ada anak, cubalah kita ajak mereka bermain dan keluarkan peluh..yang single lagi, boleh pergi gym...

3. Katakan TAK NAK pada rokok...tolong kementerian kesihatan sikit...ramai ke group kita yang merokok?

4. Stabilkan emosi dan mental. Kalau otak dan mental tak stabil, badan pun tak sihat..alhamdulillah kita sebagai umat Islam, diajar sembahyang dan doa dan sebagainya...sama-samalah kita mengamalkannya...

Monday, February 22, 2010

Halimah Jongang

..... ce kome fikir apa perasan kita bila ternampak anak-anak kita menyanyi atau cukup dengan bersiul lagu cerita halimah jongang dekat budak-budak yang Allah jadikan gigi deme jongang .... ce kome fikir lagi apa perasaan ibu bapa yang anak deme Allah jadikan giginya tak sempurna tue kena ejek dengan anak kita dengan lagu cerita halimah jongang.... ce kome fikir jugak perasaan mereka yang Allah jadikan gigi mereka jongang terutamanya kanak-kanak bila ada orang lain nyanyi atau cukup dengan bersiul lagu cerita halimah jongang tue depan-depan deme..... teman tak boleh fikir le..... jadi sensitip.

..... dulu budak-budak nakal mengejek macam tue aje, sekarang siap boleh nyanyi lagi lagu cerita halimah jongang tue. Walaupun tanpa niat, bila bersiul rentak lagu cerita tue pun dah cukup untuk mengejek.

..... teman sensitip betui la... hangin aku.

Saturday, February 20, 2010

ROCK

kome semua ingat tak satu masa dulu zaman sekolah muzik rock menjadi ikutan bebudak bainun.termasuk la aku.siap dengan pakaian pun ikut skali.(seluor ketat dan mata bercelak).masa tu kira gempak abih la dapat dressing macam tu.sapa yang tak rock masa tu kira koman la,kira mat bunga la....


lagi satu kat bilik ayor usah cerita la mesti lagu rock jer yang berkumandang.teman rasa budak pompuan pun lebih kurang jer kot terutama lagu yang tangkap leleh.ada jugak kekawan kita yang pandai main gitar dan alat muzik lain mesti tak lepas peluang pegi jamming kat bawah superkinta(camelian).kat bawah ni ada la gambo antara kumpulan rock yg popular masa tu.



siap ada keluar kasut sempena nama kumpulan ni-Aliph Search

kumpulan ni bebudak pompuan cukup minat.

haa.. ni pulak vokalisnya budak manjoi


yang ni budak bainun suka tiru cara diorang bergambo.(gambo dlm ayor nampak kepala jer)


tapi sekarang mungkin selera memasing dah berubah.mungkin dah beralih pada genre yang lebih sesuai dengan umor memasing.atau mungkin ada yang masih rock(rock sampai tua).macam anony dan nyu teman dengor sekarang dema dah layan dangdut jer.ha..ha..
sampai disini dulu.janji rock yeah..yeah


Saturday, February 13, 2010

JOM SIHAT - MEDICAL CHECK-UP

Assalamualaikum...saya tak de gambar nak letak, jadi rasanye elok juga mengingatkan sahabat-sahabat dan diri saya juga bab-bab kesihatan ni ...memandangkan kita semua dah nak masuk 40 tahun

Sesiapa yg tak pernah buat atau dah lama tak buat medical check-up eloklah buat...tak payah buat yang canggih dan mahal-mahal sangat..sesetengah company boleh cover buat test ni pun...

Yang penting kita kena tahu..
1. Berat badan dan ukuran BMI ( body mass index)-normal~ 19-24
2.Tekanan darah - jangan lebih 125/85
3.Gula dalam darah
4. Hemoglobin, sel darah putih, jenis darah
5. Fungsi hati
6. Fungsi buah pinggang
7. Air kencing
8. Lipid profile-Total cholesterol, good cholesterol, bad cholesterol, Trigliyeride

Sebelum buat test kena puasa dulu;jgn makan, jgn minum dan merokok paling kurang minimum 8 jam sebelum test. Rasanya harga lebih kurang RM100-150
P.s Halimah, Azarisman:kalau terkurang tolong tambah ye...

Thursday, February 11, 2010

Makanan Pokok

Sumber makanan utama pokok datangnya daripada ayor dan udara. Oksigen, hidrogen dan karbon adalah nutrien yang diperlukan oleh pokok-pokok dalam kuantiti yang besar untuk menghasilkan makanan dalam bentuk karbohidrat melalui proses fotosintesis (...dari kecik semua orang dah belajo pasal proses ini). Manakala sumber makanan pokok yang seterusnya adalah datangnya daripada tanah. Secara kasornya terdapat 92 jenis mineral nutrien asli dalam tanah, tetapi tanaman hanya memerlukan lebih kurang 16 nutrien sahaja untuk menanpung pertumbuhan pokok dengan sempurna.

Mineral nutrien dalam tanah nie terbahagi kepada 2 iaitu makronutrien dan mikronutrien(... macam makro ngan mikro ekonomi le masa belajo dulu-dulu). Terdapat 6 jenis mineral nutrien dari kategori makronutrien iaitu nitrogen (N), Fosforus (P), Potosium (K), Culcium (Ca), Sulfur dan Magnesium (Mg). Manakala mikronutrien adalah terdiri daripada iron, mangannese, boron, copper, zink, molybdenum, chlorine, nickel, silikon dan lain-lain.
Oleh kerana pn. azimah kita suka kpd bunga-bunga.... selain daripada sumber utama daripada proses fotosintesis yang membekalkan karbohidrat, pertumbuhan bunga boleh diaccelerate dengan peningkatan potosium (K) di dalam tanah yang merupakan medium makanan kepada pokok. Oleh itu sekiranya mike nak membeli baja untuk melebatkan bunga pada pokok-pokok bunga , mike kena le pergi kedai dan dapatkan baja kimia NPK yang selalu kita nampak tu. Pastikan kadar K pada pek baja tue lebih tinggi daripada kadar N dan P.... cth kadar NPK adalah seperti 12:12:17 or 10:12: 19 .... sekian dulu serba sedikit mofologi pokok pokok nie.

....ini contoh pokok bunga(sedap malam) yang tak guna kadar K tinggi sebab teman guna N yang tinggi untuk tujuan merimbunkan daun dulu...

Wednesday, February 10, 2010

Pompuan


.... geng-geng nie le bila brother-brother sains perdagangan nak kacau tapi Abang Bullah kita usharrrrr je. Betui tak Rays?
*** gambo ihsan yong Idijah

Tuesday, February 9, 2010

Pengumuman

..... mohon semua rakan-rakan melawat laman blog Bainun Alumni di add berikut http://bainunalumni.blogspot.com untuk maklumat lanjut mengenai Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMKRPB.

.... teman dapat info, Anony nak taja 5 orang tukang urut refleksologi

Laksamana Hang Gok

... ini satu lagi gambo simpanan teman bersama-sama Laksamana Hang Gok.... kelako kelako... seingat teman le idea pakai talipinggang kerteh bunga bunga nie idea sedara azimin aka komeng kita nie. dan aku rase jugak le, baju takde lengan nampak ketiak tue pun sedara komeng jugak yang design. kih...kih...kih...walau apa pun dulu-dulu mana ada istilah malu dalam hidup budak-budak... hidup Laksamana

Thursday, February 4, 2010

.... pssst deme gadoh le

kih kih kih.... kelakor teman baca pasal deme betegang urat tengkok dalam FB.... itu le yop ngan yong, kalu bersembang dalam alam cyber nie orang banyak salah paham. je cube tlepon tanya yang benornye. Teman yang baca pun rase macam deme betegang urat tapi bila tlepon idak le pulak.... kelakor kelakor. Kalo nak gadoh kena gadoh dengan anony le best, skit pun dia tak ambik hati.

p.s akak CSI... aku ke rumah pak daud cenderong balai jumaat lepeh.