Friday, August 28, 2009

SANA-SINI PERTH - OZ'S ANIMALS



Assalamualaikum dan salam Ramadhan al -Mubarak...
kalau datang Perth tak jumpa kangaroo, wombat and koala tak sah lah...binatang-binatang ni boleh kita jumpa di Caversham Wildlife Park ( about 30 minute-drive from Perth City) dan Perth Zoo ( about 10 minute-drive from Perth)
Tengok si Koala tu, nak peluk pokok sokmo, it's very shy animal...yg minah salleh tu pegang, wombat, pun pemalu tak nak orang lain pegang...kangaroo okay, dah biasa dgn visitors...all the photos taken were at Caversham, it is more interesting than Perth Zoo
okay...wassalam

Batak Rabit


Bukan apa, teman teringat kita ramai-ramai pernah singgah sembahyang kat Masjid Batak Rabit nie suatu masa dahulu .... sebab apa? teman dah lupa. Yang specialnya masjid nie adalah masjid lama tapi ada menara.... rupa-rupanya setelah teman mencari ,,,masjid ini telah wujud sejak 150 tahun dahulu... diriwayatkan masjid ini adalah masjid utama semasa pemerintahan Raja Abdullah (tahun 1850-an) sebelum di buang ke pulau seycheles kerana Mesyuarat Durian Sebatang.

Thursday, August 27, 2009

sedikit tentang puasa


Tingkatan Puasa
Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan
Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Wednesday, August 19, 2009

persidangan tak rasmi

pada 02/08/09 yang lepas satu persidangan tak rasmi telah diadakan di Kuala Kangsar,Perak.Ramai jugak exco-exco yang hadir.Persidangan telah diadakan di sebuah restoran di Kg,Talang,K.Kangsar.Ia telah dipengerusikan sendiri oleh adun K. Kangsar Saudara Kole sr. kita.dibawah ada sedikit gambar disekitar persidangan tersebut.


kelihatan adun pusing(oli) dan adun arapayong (mat ku) khusyuk mendengar penjelasan dari adun alor pongsu (nizam)

adun kampar(aidy) turut hadir.adun kg gajah(shukri) tenang menyedut gudang garam.

adun pdg.rengas (elly) hangat membincangkan masalah dikawasannya dgn adun setiawan(nyu)

ini dia pengerusi majlis hari tu adun k.kangsar(kole sr) dan disebelahnya adun sg.siput (khaty)


sebenornya gambar-gambar ini diambil selepas kami semua menghadiri pengebumian arwah Masnita tempoh hari.kesempatan tersebut dapatlah berjumpa dgn kekawan lama.macam elly lama betul tak jumpa rasanya.


p/s tiada dlm gambar kole jr(adun b.gajah) sebab dia yg ambik gambo.

Tuesday, August 11, 2009

Bunga Lawang?

Artikel di bawah aku 'cut & paste' dari web telokbakong untuk dikongsi bersama.

Dear Ladies and Gentlemen,



I have a reliable resource on the vaccination of H1N1 – Prof Dr Mushid Abd Halim (Pakar Neurology & Nephrology) now base at Coventry Hospital . I’ll make a re-confirmation after have chat with our En Nasa of the bunga lawang as vaccination for timiflu. Yupz….this doctor conquer that the main component of the timiflu vaccination come from bunga lawang. So, guys and gales out there, why don’t we use this cheap resource as our prevention step.



Cara-cara nya (ikut En Nasa)



Rendam bunga lawang dlm air masak selama 3 hari dan minum (of course lah yg Islam kena lah baca Bismillah & Selawat dulu)



Saya cuma menyampaikan apa yg patut sampaikan…..berkesan ke tak….Wallahualam….Allah saje yg tau…..tapikan setahu saya…Allah takkan turunkan sesuatu penyakit jika tak penawarnya



Berusahalah , merawat lebih baik dari mengubati ...



www.telokbakong.com

Friday, August 7, 2009

SANA-SINI PERTH - BBQ WITH K.HAYATI YAACOB



Assalamualaikum,
Having barbecue either at own backyard or in the park is one of Aussies' culture. Every suburbs mesti ada park, and in the park, ada padang, bolehle main footies or cricket, ada playground and area for bbq...
So, sementara kat sana we all pun ambil kesempatan jugaklah berbbq and berkumpul....
Ingat tak lagi kat kak hayati yaacob, kak yati pun buat training kat sini, dah balik M'sia  minggu ni rasanye...
okay, chiow for now, wassalam

Thursday, August 6, 2009

Cuba Teka Kami Anak Siapa

Cuka teka kami anak siapa??

Orang tua kami warga blog nie...
Orang tua kami hitam-hitam skit,, tapi manis
Orang tua kami kerja kat bank di kolompo...
Orang tua kami seorang yang berprinsip...
Orang tua kami adalah pencipta aliran muzik alternative...
Orang tua kami berasal dari selatan perak...

Cuba teka kami anak siapa??

*** buka ape, teman saje nak create senyuman pada sahabat kita yang melihat anak-anaknya berada di dalam blog nie... tak salahkan!

Monday, August 3, 2009

laporan karnival & agm bainunalumni

baru-baru ini telah diadakan karnival sukan & mesyuarat agung bainunalumni.disini disertakan gambar-gambar disekitar acara tersebut:






tuan setiausaha dan penolong setiausaha sibuk collect duit pendaftaran dan yuran keahlian


antara otai yg hadir.dari kiri:mat nor jab,sabudin dan bro sani desa


bergambar sebelum beraksi(acara wajib)cuma kole dan aidy wakil dari batch kita

penyerang kembar the koles turut menyumbang tenaga(yg tgh tu mahyudin cuma sumbang suara je)

penyerang berbahaya tuan lawyer aidy sedang menunjukan skil lamanya

acara bolatampar turut diadakan antara alumni dan sekolah(kalah 0-2)

pada malam itu juga ada acara barbeque.turut hadir nizam(baru sampai dari aloq ponsu),bro mat kerozan dan kole.

silu pun ada malam tu.tgh mengadap ayam bakor ngan wira(junior)

Aidy dan setiausaha alumni sibuk mengipas barbeque



gambar pada hari mesyuarat


aidy sebagai naib presiden serius dimeja utama.

presiden bainunalumni menyampaikan hamper kpd kole sbg wakil pasukan bolasepak alumni.(kalah ngan pasukan sekolah 0-2)

selepas mesyuarat para tetamu dihiburkan dgn persembahan ghazal pelajar bainun

turut diadakan pada hari tersebut ialah hari terbuka asrama.jadi ramai jugak mak bapak pelajar yg datang.so meriah le jugak hari tersebut dgn kedatangan para tetamu.sempat gak makan satay cikgu rosnah(lupa nak ambik gambar sebab asyik makan satay)

untuk makluman semua wakil dari batch kita tak ramai yang hadir.sama macam event2 yg sudah gak.tak tau mana silapnya.mungkin silap dari pihak admin yang kurang mempromosi kot.apa-apa pun jika ada event alumni akan datang pihak admin akan cuba mewar-warkan nya dgn lebih meluas lagi .insyaallah.


p/s kebanyakan gambar adalah koleksi saudara hazman yang menjadi photographer pada hari tu

Sunday, August 2, 2009

al-fatihah

berita telah disahkan iaitu seorang sahabat kita Masnita Abd. Rashid telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di hospital besar ipoh.Arwah baru saja melahirkan seorang bayi lebih kurang seminggu yang lalu secara pembedahan.menurut suaminya malam tadi beliau mengalami sesak nafas dan pengsan tidak lama kemudian,seterusnya telah meninggal dunia.doktor mengesyaki salur darahnya telah pecah.Arwah akan dikebumikan dikampung talang,kuala kangsar hari ini 02/08/2009 selepas waktu zuhur,insyaallah.semoga allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.