Tuesday, March 31, 2009



Ganjaran berupa melancong dan membeli-belah disebuah pusat pelancongan terkenal di Malaysia akan diberi kepada sesiapa yang berjaya meneka siapakah orangnya gambar yang diatas.(perbelanjaan ditanggung sendiri)

Diberitakan pernah menganggotai sebuah kumpulan rock tanahair yang agak terkenal suatu ketika dahulu.Dari sumber pihak interpol beliau sekarang sedang bersembunyi di sempadan utara tanah air dan menyamar dengan pelbagai identiti.Beliau juga telah dikesan di beberapa buah negara asing beberapa tahun dahulu.

Tetapi untuk makluman semua beliau tidaklah merbahaya kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak.Cuma wajah beliau yang ganas boleh membuatkan orang yang melihatnya sesak nafas.Jadi sebagai amaran dinasihatkan kepada semua agar jangan menatap wajah beliau melebihi 5 saat sekurang-kurangnya.Jika anda menghadapi kejadian sesak nafas pihak kami tidak akan bertanggungjawab.Sekian

Monday, March 30, 2009

Bahasa Keme

Salam untuk sahabat-sahabat semua, bagi menutup tread bulan Mac ini teman cuma nak mengajak kita berkongsi ilmu mengenai perkataan-perkataan dalam bahasa orang Perak. Maklumlah bila duduk di Kuala Lumpur nie , lengok bahasa kita dah bertukar. Rugi rasanya, kalau kita dah tak berkomunikasi dalam lengok ayat dan perkataan Perak. Terutamanya sahabat-sahabat yang asal mereka dari Perak tengah. Mintak maaf kepada sahabat-sahabat yang berasal dari Perak Utara sebab loghat kome udah lain bunyinya. Anak-anak dah le tak sebut 'ayor' siap komen dan gelakkan orang tua dia bila sebut 'ayor'.

Disebabkan kealpaan teman, ade satu perkataan yang teman hendak minta pertolongan untuk yang masih mengetahui. Rasanya dulu-dulu teman pernah menggunakan satu perkataan yang sekarang ini dah tak pernah digunakan lagi.

Kome pernah dengo perkataan ' GELEMAYOR' tak? Lupe betui le, ape maksudnye?

Selain itu marilah sahabat-sahabat berkongsi ilmu berkenaan perkataan-perkataan special yang biasa kita ucapkan semasa balik Peghak.

p.s : Adz!!! bukan ke engko pakar bahasa malaysia zaman dulu-dulu?

Thursday, March 26, 2009

Your Favourite Menu???


Gambar di atas sebenarnya tak ada la berkenaan sangat dengan isu dan topik yang hendak kita bincang dan ulas. Hanya untuk sahabat-sahabat semua mengenangkan kembali menu-menu yang telah membesarkan kita zaman sekolah dulu. Pada teman tak semua menu-menu yang kita makan dulu tak sedap. Favourite menu teman dulu adalah sayur kacang panjang yang direbus tapi kuah dia ada rasa-rasa belacan sikit. Teman tak tau le apa resepinya mungkin sahabat-sahabat wanita boleh bagi komen.

Seperkara lagi yang teman ingat, kita dulu pernah satu masa diserang dengan ketagihan sos cili. .....Ha ha ha ha...... so setiap kali waktu makan masing-masing akan membawa sebotol sos cili seorang untuk dimakan dengan nasik. Masing-masing dengan favourite brand masing-masing(sos cili cap Kampong Koh pun ade) ha ha ha ha ha......

Jadi teman buka tajuk ini untuk kita kongsikan bersama apa jua komen sahabat-sahabat mengenai menu zaman sekolah dulu.

p/s Teman paling dengki sekali dengan pemain-pemain bola sekolah waktu tue, sebab waktu sarapan deme dapat makan Quicker Oth lepeh tue kedekut...

Wednesday, March 25, 2009

Sahabat Lama


Untuk tatapan kekawan semua disini disiarkan salah seorang sahabat lama kita yang dah lama tak jumpa iaitu saudara Azrul Nazli b. Ahmad dan keluarga.Beliau sekarang telah mempunyai 4 orang anak(dalam gambar anak no 4 dalam perut).ni gambar tahun lepas katanya.
Saudara azrul kita ni sekarang bertugas di Langkawi sebagai senior inspector (bukan polis tau,azrul tlg explain).Dulu dia ni lama belayar atas kapal meredah lautan keseluruh pelosok dunia kira macam pirates of carribean kot.Tapi sekarang dah kembali ke daratan,boring tengok laut agaknya.
Kalau dilihat dari gambar ni wajah saudara azrul kita ni memang nampak brutal.Kalau sesapa tak kenal mesti ingat dia ni kaki pukul ke apa?Tapi sebenarnya saudara azrul kita ni baik orangnya,penyayang dan berjiwa sentimental.Dia ni jugak ialah kawan sekelas aku dari form 1 sampai form 5 selain shukri dan farina.
Jadi sesapa yang tersesat ke langkawi bolehlah hello azrul ni untuk ditunjukkan jalan.Aku pernah jumpa dia kat langkawi lama dulu tak ingat tahun berapa(jangkit ngan adz).
Lagi satu sesapa yang nak mintak petua menghilangkan mabuk laut bolehlah tanya kat azrul ni.pengalaman dilaut banyak ni.tapi kalau mabuk lain aku tak tau,tak nak campur sendiri carik sendiri settle.
last sekali sorry to azrul kalau ada tulisan aku ni yang terlebih.(walaupun aku tau hang tak ambik hati punya).Salam

Monday, March 23, 2009

Ucap Selamat

Kepada sesiapa yang ingin buat ucap selamat, petua, nasihat atau lain-lain kepada Yusri and isteri yang menanti kelahiran cahaya mata mereka. Sila tulis di ruangan komen...

Jangan Marah Ha,,,


Sorry kalu ade yang tak suka gambar ini dipostkan... teman cuma petik dari galery di blog alumni sumbangan Fazilah MH( teman tak kenal). Ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran teman....

- memang nama bilik asrama perempuan guna perkataan ke? bukan huruf macam asrama lelaki A5 , A4 , A3, A2, A1.

- perasan rupa Norah sahaja yang lain?????

PENGUMUMAN

Masa baca komen azrul dlm posting sukan tadi teman baru teringat. Hari ini 23 Mac 2009 adalah Hari Lahir yang ke 36 kepada sahabat kita tuan admin yang ganas iaitu Saudara Fadzli Bin Zakaria a.k.a KOLE. Semoga Allah panjangkan umor dan limpahkan rezeki yang halal dan membuak-buak. Selain meraikan, jangan lah lupa bahawa engko dah dapat bonus setahun umur dari Tuhan Yang Maha Esa. Bismillah....................(dlm hati je doa nie)............ amin.

p.s. : meh dtg bukit d'sara sini aku belanja burger beso.

Friday, March 20, 2009

Selamat Hari Jadi Rozal



Pada hari ini bersamaan dengan 20 mac 2009 maka genaplah umur sahabat kita saudara Rozalhasle b. Mat 36 tahun.Beliau adalah salah seorang penulis di blog ini yang begitu aktif.terima kasih nyu.
Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada saudara rozal semoga hidup anda dan keluarga dilimpahi rezeki dan diberkati oleh Allah swt.Sedar tak sedar umur kita semua semakin bertambah dari hari ke hari.Oleh itu marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah dengan nikmat yang diberikanNya kepada kita dengan mematuhi segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.Semoga hidup kita semua diberkati dan diredhai oleh Allah swt.amin.
Akhir sekali sudilah kiranya saya menjemput saudara rozal untuk memotong kek yang disediakan oleh pihak admin untuk dibahagikan kepada kawan-kawan semua.Diharap kawan-kawan dapat bersabar dan jangan berebut.Masing-masing dah tua,tak elok kalau anak-anak nampak.Kalau ada apa-apa kekurangan harap maaf.Sekian.

HAPPY BIRTHDAY NYU!

Wednesday, March 18, 2009

Sukan


Seingat teman, gambar di atas adalah gambar ahli rumah Laksamana yang dirakamkan pada tahun 1990( it was 19 year ago). Seingat teman, pada tahun itu rumah Laksamana(biru) telah menjadi johan keseluruhan dalam sukan tahunan sekolah. Seingat teman juga, saudara Nizam Ahmad telah menjadi olahragawan tahun 1990. Seingat teman le, nama beliau ada terpahat di plat di dewan besar sekolah. Seingat teman, semua orang berbangga dengan atlit kacak ini atas sumbangan markah beliau yang banyak sehingga pasukan Laksamana menjadi johan. Seingat teman la, teman hanya menyumbang 1 markah sahaja dari acara sukantara membaling lembing(lain acara sukantara semuanya tak cukup syarat-sama standard dengan saudara Shukri) ..... dan seingat teman la, itu saja yang teman ingat mengenai aktiviti sukan dulu-dulu...
... seingat teman la, atlet perempuan yang kuat berlari dulu-dulu rasenya dr azimah and salmi manja.

Tuesday, March 17, 2009

Pengumuman

i got a msg from our friend sounds "Hear me live on Astro Awani 501, u-wartawan 10pm tonite on public toilet issue n micro-architecture.. Azimin"

Yang dah lama tak jumpa Komeng, moh kite tengok dia malam nie.

Friday, March 13, 2009

The Dash


Ini ada satu video yang aku dapat masa attend satu training yang rasanya ada significant dengan kehidupan kita setiap hari. Setiap yang hidup pasti menemui ajal. Namun bagaimanakah impak yang kita tinggalkan kepada setiap insan yang kita kenal sepanjang kehidupan kita. Bagaimana kita hendak diingati sebagai seorang sahabat, anak, isteri, suami, ibu, ayah dan lain lain hubungan kita dengan insan lain sepanjang pergaulan kita. Ada yang terluka tapi sempatkah kita memohon maaf.......... Mengambil kesempatan ini nak mintak maap pada semua sahabat jika ada kesilapan terkasar bahasa sepanjang pergaulan kita....

Gambo Perbarisan Kemerdekaan Tahun 1989







Sape masih ingat zaman kite kena kawad meyambut kemerdekaan tahun 1989. Ini ada beberapa gambo nostalgia..............Semua semangat gile........Bile terkenang zaman ngan kengkawan tersenyum sengsorang je........

remember Toing-Toing guys????


..... kah..kah..kah..kah... nothing else, only ...kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..thanx yus for the pic..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah

Wednesday, March 11, 2009


Minggu lepas aku balik kampung ziarah keluarga kat Kuala Kurau. Bila hari-hari tengok blog ni teringat kat sekolah SMRPB, jadi aku pun singgah Manjoi sekejap. Sebenarnya nak tunjukkan kat anak-anak kat mana bapak diorang sekolah dulu. Tak dapat masuk dapat tengok dari luar cukuplah..Memang banyak perubahan kat sana. Kawan-kawan apa cerita dengan gathering? Tak kan nak tunggu Nyu datang rumah..sebarang cadangan amat dihargai.Insyaallah.

Tau Tak ??? Virgin Coconut Oil

Minyak kelapa dara mempunyai kandungan lauric asid yang tinggi di mana kandungan asid ini sama dengan yang terdapat di dalam susu badan ibu. Minyak kelapa dara terdiri daripada asid lemak berantai sederhana (MCFA -Median Chain Fatty Asid) yang bertindak balas secara berbeza dari lemak minyak lain. Selain dari Asid Laurid(C12) ia juga mengandungi Asid Kaprilik(C8) dan Asid Kaprik(C10... bukan nasik paprik haa) yang mana mempunyai sifat anti mikroba seperti anti bakteria, anti virus, anti protozoa dan anti kulat. MCFA ini berupaya membinasakan selaput lipid pada virus dan bakteria dengan cara menyerap masuk ke lapisan tersebut dan seterusnya melemah dan menguraikan lapisan membran lemak yang meyelaputi virus dan bakteria tersebut( senang cerita boleh bunuh virus la....). Sehubungan itu nak disenangkan cerita, minyak kelapa dara ini akan meningkatkan kadar penghapusan virus dan bakteria yang dilemahkan oleh unsur MCFA yang mempunyai kandungan asid laurik(susu ibu... bukan susu ibu lembu). Antara virus yang diselaputi lipid yang boleh dilemahkan oleh MCFA adalah HIV, Influaenza, Leukemia dan Hepatitis C.

Kajian juga menunjukkan bahawa minyak kelapa dara baik untuk sistem daya tahan tubuh selain menurunkan paras gula dalam darah, mengelak risiko kanser, HIV, leukimia, hepatitis, selsema dan untuk kecantikan kulit serta rambut.

Pada pandang teman oleh kerana minyak ini mempunyai sifat anti mikroba yang terdiri dari protozoa dan kulat maka boleh disimpulkan bahawa minyak ini sesuai untuk menghapuskan sejenis penyakit merbahaya yang pernah menyerang negara dulu-dulu iaitu DRAGON.

***Minyak Kelapa Dara ini banyak dikeluarkan di Bagan Datoh.... Sape lagi yang nak nolong orang perak yop.

Tuesday, March 10, 2009

Gambar Klasik

Kat atas nie teman ada sekeping gambar klasik sumbangan ehsan daripada sahabat kita Ainun. Teman tengok gambar nie memang klasik sebab :-
1. Background rumah tue memang klasik. Mana ada tangga romah macam tue lagi sekarang nie...
2. Masing-masing nampak macam bujang lagi... sebab masing-masing masih slim.
3. Ada gambo pak saudara dengan anak saudara( Cikgu Shabudin Dan MSBHY).
4. Encik Hairi mengenangkan kita kepada kisah keperwiraan Kanang Anak Langkau melalui persembahan rambutnya.

Teman ada 2 persoalan dan diharapkan ada sahabat-sahabat memberi ulasan di ruangan komen:

1. Di mana dan event apa nie?
2. 3 dari 7 wanita (yang baju merah, sorang depan azlina dan sorang depan hairi) ??????


p/s tq bebanyak ainun

Friday, March 6, 2009

PESANAN SEMASA MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati.Mengapa kebanyakan orang yang nazak , hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..... lidahnya kelu,keras dan banyak mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud "hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini jelas menunjukkan,kita disarankan agar mendiamkan diri,jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan mendiamkan diri,mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.Nauzubillah.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah...." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawa akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dan itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkanlah lidah kami mengucap kalimah "lailahailallah...." semasa sakaratul maut menghampiri kami.Amin ...amin...amin Yarobbal 'alamin...."

Tuesday, March 3, 2009

1987

Teman ade sekeping gambar bersama-sama sahabat pada tahun 1987(masa tingkatan dua). Rasa-rasanye kome semua boleh kenal lagi tak?
p.s - elly gambar kita takde la, tahun87 dulu kan ke kita classmate

Monday, March 2, 2009

Selamat Hari Lahir

Hari ini adalah hari lahir sahabat kita Md Irzan Bin Md Nasir. Kita doakan supaya Mat Jan dan keluarga terus mendapat rahmat dan hidayah dari Allah SWT dalam meneruskan kehidupan dunia yang sementara ini.

Untuk makluman jugak pada 28 Februari( Sabtu lepeh) adalah hari lahir kepada Azman Bin Zakaria, suami kepada Cit Jatt(Salina Yusof). So happy belated birthday to you too. Kirim salam sahabat-sahabat kat suami engko ye yong.

Salam....

p.s. birthday elly bila ha???