Thursday, May 28, 2009

Duhai Wanita


Islam mengambil berat tentang wanita jika dibandingkan dengan agama lain.Wanita dizalimi di zaman Rom,pembunuhan isteri oleh suaminya,di kalangan Yahudi,kaum wanita tidak dapat mewarisi harta peninggalan bapanya,sekiranya tidak ada anak lelaki.Kristian menganggapkan wanita sebagai punca kejahatan.Wanita ditanam hidup-hidup.Ayat 58 Surah An Nahl : "apabila dikhabarkan bahawa ia beroleh anak perempuan,muramlah mukanya sepanjang hari dan menahan perasaan marah dalam hatinya."
Islam membawa rahmat kepada wanita kerana ia mengembalikan martabatnya dan dihalang mereka dizalimi.Agama Islam mengangkat kedudukan wanita kepada tempat yang tinggi dan diberi hak sewajarnya.Ayat 151 surah Al-Anaam : "Dan jangan kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan,Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka."
Lelaki dan perempuan yang beriman dan beramal soleh diberi ganjaran setimpal dengan amalan masing-masing.Ayat 97 Surah An-Nahl :"sesiapa yang beramal soleh,dari kalangan lelaki atau perempuan , sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan mereka dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih daripada apa yang telah mereka kerjakan."
Islam menyatakan ketetapan hak wanita seperti berikut:
i)Hak mendapat pendidikan
-menuntut ilmu merupakan kewajipan keatas setiap individu Islam.
ii)Hak pusaka dan wasiat
-Ilmu faraid menetapkan kadar tertentu bagi harta yang berhak mereka warisi.
iii)Hak kebebasan bersuara dan memberi pandangan.
iv)Hak memperolehi nafkah
-Nafkah yang wajib diberikan oleh suami keatas isteri ialah nafkah zahir dan batin.
-Hadis:hak isteri keatas kamu terhadap mereka ialah berlaku baik dalam urusan pakaian dan makanan mereka.
v)Hak menerima layanan yang baik.
-Surah An-Nisaa' ayat 19:"Dan kamu bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara baik.Kemudian jika kamu merasai benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya)kerana barangkali kamu bencikan sesuatu , sedang Allah menjadikan pada kamu benci itu kebaikan yang banyak."
Kesimpulan:
i)Islam adalah agama yang sempurna, sangat prihatin dalam semua aspek kehidupan termasuk hak wanita.
ii)Seorang suami perlu tunaikan hak-hak isteri dengan sempurna mengikut kemampuannya.
iii)Pendidikan adalah suatu yang penting untuk melahirkan wanita yang solehah,selamat didunia dan di akhirat
petikan khutbah Jumaat oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah

1 comment:

zumairi said...

kalau sisters In Islam sedar tentang perkara ni kn bagus