Wednesday, November 10, 2010

Udang Galah




Pada sesiapa yang berminat untuk menceburi dan belajar mengenai penternakan udang galah boleh le berhubung dengan sahabat kita dalam gambar di atas.
Teman nunjukkan arah je....

Friday, October 15, 2010

Hanis Yang Digeruni

....pada pendapat teman Kapten pasukan bolajaring sekolah adalah satu kedudukan tertinggi dalam aktiviti sukan di sekolah yang melibatkan kaum hawa.... sebab nye teman rase bola jaring adalah permainan kesukaan dan ia dikatakan sesuai dengan ciri-ciri kewanitaan. Selain itu wujud keadaan di mana tiada campurtangan daripada kaum Adam yang boleh mengwujudkan suasana tersipu-sipu.... permainan ini juga dilihat tidak mempunyai masalah mencari pemain-pemain kerana persaingan yg agak sengit daripada kalangan pelajar-pelajar perempuan yang aktif bersukan.

........dulu-dulu teman berpendapat kapten bola jaring adalah watak yang paling lasak dan berpengaruh di kalangan pelajar wanita. Sooooo Hanis lah watak perempuan yang paling teman geruni untuk dampingi.

Thursday, October 14, 2010

... keganehan

... dulu kome main game nie time baling bola mesti sebelah kaki tertunjal kuda macam baling bola netball, itu yang kelako tue. tapi mase zaman kegemilangan deme nie... menang semua game tue.... siap dipanggil untuk mewakili daerah. Caya lah

** akak csi pun main game ganeh nie... ganeh ke! kah kah kah

Wednesday, October 13, 2010

ye ke ganeh?


Salmi jugak le kome punye kepten.... semua sukan mesti ada dia.


*** Klik ke image untuk tengok paparan yang lebih besar.
*** teman download dari album fb seorang junior.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya


Dikesempatan ini pihak admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan memohon seribu kemaafan zahir dan batin.Semoga raya tahun ini memberi keberkatan kepada semua kawan-kawan.Sesiapa yang berhajat membuat majlis hari raya adalah sesangat dialu-alukan.
Di hari raya ini juga kita juga harus beringat supaya berhati-hati dijalan raya.Dan kepada sahabat kita dan guru kita yang telah tiada,marilah kita panjatkan doa untuk mereka.
Akhir sekali berayalah dengan cara yang sepatutnya yakni cara yang dituntut oleh agama kita,Islam.
Sekian

Thursday, September 2, 2010

Rabbighfirli Warhamni - Subhanallah indahnya ~

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..


Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

."
Please, forward to your family and friends.


Jazakallahu Khair (May Allah reward you for the good)


Monday, August 9, 2010

dAh nAk SaMpAi dAh





Tanpa Disedari
11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian dan kemarahan

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah


ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal
waktu
solat
yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku

Ku pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan & dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi 'ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan. Semoga 'ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH s.w.t.. InsyaAllah.
Selamat Menyambut RAMADHAN AL—MUBARAK kepada semua

Bersama-sama kita menghayati keberkatan RAMADHAN….

Selamat menjalani ibadah puasa….

Thursday, July 1, 2010

23 Tahun

Bonda pada 15 Ogos 1987




Bonda pada 26 Jun 2010


Wednesday, June 30, 2010

.... teman tambah gambo

Ramai-ramai

Abang-abang n Kakak-kakak

Mr Silu n Wife

Akak CSI n Kak Ita n Kak Zalipah

Abang Khairi n Kak Lilis n Kak Ma n Kak KT

Kak Niza
Kak Anis n Kak Ita

Abang Jo n Abang Azimin

Monday, June 28, 2010

lagi gambo dinner

ni lagi gambo dinner malam tu.sesama la menikmati

aidy bersama ustaz azmi dan bebudak bainun lain

seronok bebeno akak2 ni kalau berjumpa(ingat anak kat rumah yong oiii)

antara otai2 yg turut memeriahkan majlis
(dari kiri;abg kamarul,abg alias,abg mat nor jab,abg azhar & abg sani desa)


dari kiri;abg kamarul,mahyuddin,kole,dato faizal,abg osman,saipul,nasir & azila







sekitar gala dinner jubli perak

kepada kekawan yg tak berkesempatan ke makam malam gala dinner hari tu ni ada sikit gambar2 sekitar malam tu

komeng dan rizal antara jejaka rebutan malam tu


yg ni pulak gadis2 pujaan tahun 86-90

Dato Sabudin dan anak2 murid kesayangannya


ni la batch 8690 yg hadir malam tu





insyaallah nanti akan ada lagi gambar2 yg akan diupdatekan.tunggu.....


Monday, May 17, 2010

Walimatulurus

saya bagi pihak saudara Asnizar Jamelus aka Wok ingin menjemput semua kekawan menghadiri hari yang penuh gilang gemilang utk sahabt kita Wok yg akan menamatkan zaman bujangnya pada :

hari : Ahad(13 jun 2010)

tempat:Kg. Tersusun Batu 8 Ulu Kinta ,Perak

Marilah kita sama-sama hadir dan memeriahkan majlis tersebut.disamping tu dapat gak kita bertemu dan mengeratkan persahabatan kita.Makanan ditanggung beres Wok belanja...

Jumpa disana,disana,disana....insyaalllah.

p/s disertakan juga kad jemputan dan peta ke rumah wok



Monday, April 19, 2010

... registration dah mula

.... pendaftaran untuk Grand Reunion Gala Dinner nampaknye udah dibuka bermula 11 April 2010 tempoh hari. Apa cerita yop n yong 8690 nie? Tak kan takde yang berajat nak bermakan malam beso ngan sahabat-sahabat lain.... Teman harap 26 Jun nanti jangan takde batch 8690 udah le... teman insyallah kalo takde aral melintang.


Tuesday, April 13, 2010

Nostalgia Volume 1




















Assalamualaikum!

Buat sahabat sekalian. Ini teman nak kongsi sikit memori masa zaman sekolah dulu. Ada di antara rakan kita sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Al-Fatihah buat Allahyarham Arman, Allahyarham Ikram & Allahyarhamah Masnita. Semoga mereka di tempatkan bersama-sama insan yang soleh solehah. Memori bersama mereka masih mekar di lubuk hati kita. Untuk sahabat sekalian terima kasih kerana sudi berkongsi memori selama lebih lima tahun yang amat berharga dalam hidup ini. Wassalam.

* Maaf ada beberapa wajah sahabat kita yang tak berapa jelas dalam gambar di atas.