Saturday, October 31, 2009

SANA-SINI PERTH -BUNGA OH BUNGA



Assalamualaikum...di sini musim bunga (spring) dari bulan September sampai Disember...time ni rasanye Perth paling cantik dan 'colourful' dengan bunga-bungaan. Sesiapa yang meminati bunga time ni lah paling elok datang..suhu pun 'just nice', angin dia nyaman lagi; tak panas sangat dan tak sejuk sangat sampai ke tulang. Tapi sesiapa yang ada allergic pada debu bunga ataupun asthma, kena careful lah dan bawa medication anda.
Siapa tahu apa maksud 'Mat Bunga'? orang lelaki suka bunga ke, orang lelaki berwatak perempuan ke, orang lelaki suka bagi bunga? ada sesiapa mat bunga dalam batch kita?

Monday, October 19, 2009

Thursday, October 15, 2009

Cadangan Sidang Dewan Di Kg. Manjoi


...... Saya tuan speaker yang telah dilantik oleh almarhum Paduka Seri Sultan Muzafar Shah (makamnya ada di Telok Bakong, Bota Kanan) iaitu anakanda kepada Sultan terakhir kerajaan Melaka Sultan Mahmud Shah daripada isteri ketiga beliau yang bernama Puteri Onang Kemuning setelah mendapat wasiat daripada mimpi baginda bertemu dengan Raja Shah Jahan(King of Gangga Negara)... dengan ini mencadangkan satu sidang ringkas dan pantas.

Majlis yang dicadangkan akan diadakan pada 1 November 2009 jam 9pagi sehingga 1tgh bertempat kantin sekolah Sekolah Menengah Manjoi di kampung Dato' Ahmad Said. Aturcara majlis yang dicadangkan adalah seperti dibawah :

8.30 am - Ketibaan VVIP(tuan speaker)
9.00 am - Ketibaan ahli-ahli
9.01 am - Sesi sidang
1.15 pm - Zohor
1.30 pm - Bertolak ke Medan Gopeng
4.00 pm - Bersurai

Adalah dengan ini dijemput semua sahabat-sahabat 8690 yang tinggal di seluruh pelusuk nusantara untuk hadir, sila maklumkan rancangan ini kepada ahli-ahli yang saya tidak berkesempatan untuk saya sms dan hubungi melalui telefon(sebab teman takde no telepon deme) .....Kehadiran ahli-ahli sidang Wanita adalah amat amat diharapkan supaya sidang ini akan menjadi lebih meriah. Saya meminta semua ahli-ahli sidang supaya dapat merancang kehadiran, cara, bagaimana, bila dan masa dengan baik untuk menjadikan majlis sidang yang dicadangkan menjadi kenyataan. Yang memerlukan pujukan khas bolehlah memulakan daripada sekarang.

Sekian, saya amat memerlukan feedback daripada ahli-ahli kita untuk menzahirkan majlis ini. Saya akan membuat pengesahan dengan ahli-ahli pada minggu terakhir bulan Oktober untuk tujuan pengesahan, samada majlis tersebut boleh diteruskan ataupun ditangguhkan. Kalo ada ape-ape tolong telefon teman atau saudara Fadzli aka Kole.

p.s.... kalo speaker yang raje perak pertame lantik ini pun kome tak nak dengo....

Thursday, October 8, 2009

SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN & HARI ANUGERAH SMK RAJA PERMAISURI BAINUN,IPOH

HARI : SELASA
TARIKH : 20 OKTOBER 2009
WAKTU : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR, SMK RAJA PERMAISURI BAINUN,IPOH

DYMM RAJA PERMAISURI PERAK, TUANKU BAINUN TELAH SUDI MENCEMAR DULI UNTUK MERASMIKAN SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN & HARI ANUGERAH SMK RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH.

PAMERAN BAINUNALUMNI TERBILANG & AKTIVITI PELAJAR AKAN DIADAKAN.PIHAK BAINUNALUMNI TELAH BERSETUJU UNTUK MEMBINA SEBUAH TUGU KENANGAN SEMPENA SAMBUTAN INI.

PIHAK BAINUNALUMNI TELAH DIMINTA UNTUK MEMBANTU PIHAK SEKOLAH & PIBG UNTUK MENJAYAKAN SAMBUTAN INI.JUSTERU ITU,PIHAK BAINUNALUMNI INGIN MENYERU AGAR KEPADA AHLI-AHLI BAINUNALUMNI DAPAT MEMBANTU DENGAN MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA TABUNG BAINUNALUMNI YANG MASIH BELUM MENCUKUPI UNTUK MENJAYAKAN SAMBUTAN DIATAS.

SEBARANG SUMBANGAN TUNAI BOLEH DIBUAT DI AKAUN MAYBANK BAINUNALUMNI : 558220216833 (MAYBANK CAW. JELAPANG)JIKA CEK,BOLEH DIBUAT ATAS NAMA BAINUNALUMNI.

SOKONGAN & SUMBANGAN RAKAN-RAKAN AMATLAH DIHARGAI DEMI MENJAYAKAN SAMBUTAN INI.HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG AKAN MEMBALAS JASA & SUMBANGAN IKHLAS ANDA.

KEPADA YANG TELAH MENYUMBANG,UCAPAN TERIMA KASIH DARI PIHAK BAINUNALUMNI.SEKIAN,TERIMA KASIH

Monday, October 5, 2009

Berita Gumbira

Dalam tempoh tiga hari ini teman telah mendengar 2 berita gumbira daripada sahabat kita. 3 baby girl telah selamat dilahirkan untuk menyemarakkan lagi ahli keluarga kita.

Saudara Yusri Marat telah selamat menerima kelahiran anak sulong perempuan mereka setelah menunggu bertahun-tahun pada tengahari selepeh solat jumaat 2 Okt 2009. Manakala saudara Mohd Irzan(Mat Jan) juga telah menerima kelahiran anak kembar perempuan pada pagi Ahad 4 Okt 2009 semalam. Alhamdullilah semua isteri sahabat kita dan baby di dalam keadaan yang selamat sihat walafiat.

isk.... dah lame tak mendukong baby nie.