Monday, April 19, 2010

... registration dah mula

.... pendaftaran untuk Grand Reunion Gala Dinner nampaknye udah dibuka bermula 11 April 2010 tempoh hari. Apa cerita yop n yong 8690 nie? Tak kan takde yang berajat nak bermakan malam beso ngan sahabat-sahabat lain.... Teman harap 26 Jun nanti jangan takde batch 8690 udah le... teman insyallah kalo takde aral melintang.


Tuesday, April 13, 2010

Nostalgia Volume 1




















Assalamualaikum!

Buat sahabat sekalian. Ini teman nak kongsi sikit memori masa zaman sekolah dulu. Ada di antara rakan kita sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Al-Fatihah buat Allahyarham Arman, Allahyarham Ikram & Allahyarhamah Masnita. Semoga mereka di tempatkan bersama-sama insan yang soleh solehah. Memori bersama mereka masih mekar di lubuk hati kita. Untuk sahabat sekalian terima kasih kerana sudi berkongsi memori selama lebih lima tahun yang amat berharga dalam hidup ini. Wassalam.

* Maaf ada beberapa wajah sahabat kita yang tak berapa jelas dalam gambar di atas.

Monday, April 5, 2010

Pengumuman

sebuah laman web mengenai Makan Malam Gala Jubli Perak telah dilancarkan baru-baru ini(bainunalumni.org.my).segala yang berkenaan dengan dinner tu ada la dalam website ini.jadi utk semua warga bainun silalah ke laman web ni untuk perkembangan terkini mengenai gala dinner tu.di pautan dibawah pun dah ada dan boleh terus klik aje.

mari sama-sama memeriahkan majlis tersebut.