Sunday, May 31, 2009

Yang ni khas untuk Dr. Azimah


Tak ingat bila le gambo ni ditangkap.Tau-tau je ada dalam koleksi teman.Tapi apa-apa pun teman nak mengucapkan berbanyak terima kasih kat Dr. Azimah dan Azwana(kat mana skrg yek?) yang banyak membantu teman ketika menghadapi masalah dalam add. math.Kiranya diaorang berdua ni la sumber rujukan teman utk subjek add math,macam idola gak le.Tapi penah satu hari tu Dr. Azimah yg tanya kat teman pasal add math dan yg bestnya teman boleh jawab tapi dia tak boleh,bangga gila teman.Tapi satu soalan tu je la yg lain emm....paham sendiri la.
Itu la sedikit sebanyak kenangan yg teman ingat ngan kawan kita ni Dr. Azimah.
Sekali lagi thank you azimah,azwana dan semua kekawan lain yang banyak tolong teman masa kat sekolah dulu.

Friday, May 29, 2009

Daulat Tuanku


Daulattttt Tuanku!!!! patik org stewan tuanku... patik tak posa.
p.s : Cik Jat... kat belakang tue serupa tak?

Thursday, May 28, 2009

Duhai Wanita


Islam mengambil berat tentang wanita jika dibandingkan dengan agama lain.Wanita dizalimi di zaman Rom,pembunuhan isteri oleh suaminya,di kalangan Yahudi,kaum wanita tidak dapat mewarisi harta peninggalan bapanya,sekiranya tidak ada anak lelaki.Kristian menganggapkan wanita sebagai punca kejahatan.Wanita ditanam hidup-hidup.Ayat 58 Surah An Nahl : "apabila dikhabarkan bahawa ia beroleh anak perempuan,muramlah mukanya sepanjang hari dan menahan perasaan marah dalam hatinya."
Islam membawa rahmat kepada wanita kerana ia mengembalikan martabatnya dan dihalang mereka dizalimi.Agama Islam mengangkat kedudukan wanita kepada tempat yang tinggi dan diberi hak sewajarnya.Ayat 151 surah Al-Anaam : "Dan jangan kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan,Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka."
Lelaki dan perempuan yang beriman dan beramal soleh diberi ganjaran setimpal dengan amalan masing-masing.Ayat 97 Surah An-Nahl :"sesiapa yang beramal soleh,dari kalangan lelaki atau perempuan , sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan mereka dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih daripada apa yang telah mereka kerjakan."
Islam menyatakan ketetapan hak wanita seperti berikut:
i)Hak mendapat pendidikan
-menuntut ilmu merupakan kewajipan keatas setiap individu Islam.
ii)Hak pusaka dan wasiat
-Ilmu faraid menetapkan kadar tertentu bagi harta yang berhak mereka warisi.
iii)Hak kebebasan bersuara dan memberi pandangan.
iv)Hak memperolehi nafkah
-Nafkah yang wajib diberikan oleh suami keatas isteri ialah nafkah zahir dan batin.
-Hadis:hak isteri keatas kamu terhadap mereka ialah berlaku baik dalam urusan pakaian dan makanan mereka.
v)Hak menerima layanan yang baik.
-Surah An-Nisaa' ayat 19:"Dan kamu bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara baik.Kemudian jika kamu merasai benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya)kerana barangkali kamu bencikan sesuatu , sedang Allah menjadikan pada kamu benci itu kebaikan yang banyak."
Kesimpulan:
i)Islam adalah agama yang sempurna, sangat prihatin dalam semua aspek kehidupan termasuk hak wanita.
ii)Seorang suami perlu tunaikan hak-hak isteri dengan sempurna mengikut kemampuannya.
iii)Pendidikan adalah suatu yang penting untuk melahirkan wanita yang solehah,selamat didunia dan di akhirat
petikan khutbah Jumaat oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah

Wednesday, May 27, 2009

Saja Menduga

Sapa kenal????????

Tuesday, May 26, 2009

Gangguan Seksual

Jenis gangguan seksual kat bawah ni teman petik daripada Kod Amalan untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja oleh Persekutuan Majikan Malaysia,1999 yang mengariskan perlakuan-perlakuan:-

1. Gangguan Seksual Secara Langsung, yang mana melibatkan permintaan layanan seksual untuk memenuhi sesuatu niat di dalam operasi biasa pentadbiran organisasi;
2. Gangguan Secara Lisan, melibatkan perlakuan yang menjurus kepada seksual melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi-bunyian;
3. Gangguan Secara Isyarat, adalah perlakuan yang berbentuk pandangan atau kerlingan yg membayangkan suatu niat seksual...
4. Gangguan Visual, iaitu perlakuan seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis penulisan berunsur seksual, mendedah bahagian badan yang sulit;
5. Gangguan Secara Psikologi, adalah berbentuk perlakuan mengulangi jemputan sosial, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu;
6. Gangguan Secara Fizikal, yang melibatkan perlakuan seperti sentuhan yang tak diingini, menepuk, mencubit, mengusap dan menggesel badan, memeluk, mencium dan membuat serangan seksual seperti meraba.

Selain itu daripada Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam turut mengariskan perlakuan, keadaan dan perbuatan seperti di atas yang turut dianggap sebagai gangguan seksual di mana teman rasa ada sedikit penambahan elemen penting. Elemen tersebut merujuk kepada dalam keadaan setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung atau terhina sehingga mencetuskan kesan atau emosi negatif seperti rasa tidak selamat atau takut kepada seseorang

......Cuma sedikit ingatan dan ilmu untuk dimanafaatkan bersama....

Sekiranya gambo yang teman uploadkan nie, kome berasa tersinggung atau terhina sehingga mencetuskan emosi tak selamat dan takut pada teman... teman mintak maap sebab teman takde niat nak memperlakukan gangguan seksual pada kome semua terutamanya pada Azrul dan Nizam. kih kih kih....

Monday, May 25, 2009

The Winning Toilet

Sorry gang, its quite outdated.... but worth it

AN ECO-SUSTAINABLE lavatory won Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) a gold medal at the British Invention Show 2007.
Azimin Tazilan's innovation focused on low cost, practicality, commercial feasibility and environmental friendliness. “The shortcomings of public toilets in Malaysia motivated me to come up with this design. Many public toilets are vandalised, have poor lighting and require high maintenance. My toilet design addresses all of these problems” said Azimin. Named as the Eco-Sustainable Street Active Public Lavatory or ECSTRACT for short, Azimin's zero energy design utilises daylight and solar energy. Well ventilated and spacious, the good air circulation creates a natural drying process to limit mishaps that may come from slippery surfaces.

“I got inspirations for my designs from traditional Malay architecture,” he said. “Kampung houses have many openings and this ensures a good inflow of fresh air.”

Thursday, May 21, 2009

Tutup, Gelongsor, Gembira, Selamat

Ini petikan daripada akbar Utusan Malaysia pada 14 Mei 2009...


............Menginap di rumah tradisional Melayu milik datuknya di Taiping, Perak semasa kecil dulu mencetuskan ilham kepada Pensyarah dan Penyelidik Kanan Jabatan Senibina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Azimin S. Mohd Tazilan membina Breathing Door atau 'Pintu Bernafas.'

"Semasa di kampung, kita tidak memerlukan penghawa dingin tetapi keadaan tetap selesa sama ada siang atau malam," katanya.

Malah beliau mendapat idea membina breathing door semasa penghawa dingin berpusat di pejabatnya sering rosak. Keadaan dalam bilik yang tidak selesa dan panas menyebabkan beliau sering membuka pintu terutama apabila pelajar dan tetamu berkunjung. "Malah saya juga terpaksa membuka pintu setiap masa dan mengurangkan keselesaan pada sendiri," katanya.
Azimin mendapati reka bentuk pelan rumah tradisional Melayu amat mapan dan lestari pada cuaca tropika. Masih menggunakan konsep rumah tradisional Melayu tetapi diubahsuai mengikut kos dan kesesuaian............

p.s.. 2 amirul, nak masuk rumah baru nanti pasang le pintu nie. Teman tolong promote je.

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Kepada sahabat-sahabat yang sekarang ini bergelar Cikgu, teman dan semua sahabat-sahabat ucapkan Selamat Hari Guru. Semoga kome semua terus berjuang mendidik anak bangsa sehingga ketitisan darah terakhir... banyak pahala kome nie... kami sikit je.Untuk guru-guru yang pernah mendidik kita, kami doakan supaya mereka ini terus mendapat rahmat yang melimpah ruah dari ALLAH SWT atas bakti dn sumbangan mereka kepada kita. Amin....

p.s kepada sahabat atau admin tolong beri nama kepada guru di ateh, teman dan lupe

Tuesday, May 12, 2009

Special For Doey


Ini adalah iklan cerita cina merah masa zaman 80-an dah.

Getting HIGH

Dari kiri....samad, rizlan promo, yusri marat, azimin , zul,hamdan, hairi, shamsul silu, jasni, brother saiful....
Ini adalah gambar kegemaran teman yang paling teman suka sekali. Dah lama teman simpan gambar ini untuk ditunjukkan kepada sahabat-sahabat sambil mengeluarkan kutukan-kutukan yang teman percaya sahabat-sahabat tak pernah ambik hati. Betapa shahdu nya sahabat-sahabat kita nie menghayati nyanyian yang teman dah lupa lagu yang dema nyanyikan. (udah nampak macam high plak).

Pada malam persidangan tempoh hari pun ada sahabat yang telah lupa bahawa kita pernah ada seorang sahabat yang bernama Jasni. Rasenya dalam gambar kat atas ada gambar beliau.

p.s: anony,,, engkokan kaki kutuk.. engko kutuk la

Wednesday, May 6, 2009

Pengumuman Persidangan

Sukacita saya sebagai speaker mengistiharkan bahawa satu persidangan khas exco-exco Perak yang sebenonya akan diadakan pada 9 Mei 2009(Sabtu) jam 9.00 malam. Persidangan akan diadakan di Kota Damansara yang mana bilik persidangan akan ditentukan kemudian oleh YB Matku. Semua YB YB adalah dijemput tak kira berada di Kuala Lumpur atau Luar Kuala Lumpur.

YB dari Teluk Kepayang adalah diwajibkan hadir kerana tuan telah gagal untuk hadir di persidangan-persidangan terdahulu tanpa alasan yang kukuh. Sebarang usul pindaan boleh dikemukakan kepada pejabat speaker sebelum jam 5 petang 8 Mei 2009.

p.s Deme Pokok Demokrasi , kita Demokrasi Cakcibor

Adik Shukri

Kome semua jangan silap paham,,, yang bergaye longle tue sebenonya adik sukri. Kalau shukri sahabat kita tue macho man.

Teman bukan nak komen pasal adik shukri and the geng... teman cuma mengenangkan katil besi double decker tue and tilam getah. Dah puas sebenarnya teman cari tilam yang komposisi getah nya tinggi macam tilam yang pernah kita guna dulu-dulu. Tilam-tilam foam sekarang nie walaupun branded, kandungan getahnya dah kurang jadi lebih ringan tapi panas. Bukan apa sebab dulu-dulu bila balik sekolah sampai ke dorm terus bukak baju baring atas tilam yang cadarnya masih tegang sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk je walaupun takde aircond.

Tuesday, May 5, 2009