Thursday, April 30, 2009

He Dare




Kadang-kadang teman teringat bunyi 'ramp' motor nie.....mula guard post sampai dewan makan.

Wednesday, April 29, 2009

Dok Tanya Pasai Melon

Tempoh hari sahabat kita Azrul ada tanya pasal tanaman pokok melon sebab dia ada tengok projek Tun Dr M di Langkawi. Kebiasaannya pokok melon nie di tanam melalui kaedah Fertigasi. Kaedah ini adalah satu teknologi yang dilaksanakan untuk menjamin pengeluaran yang maksimum dan keupayaan manusia untuk mengawal pokok.

Untuk Azrul , kalau la hang betui nak buat projek nie(consider hang punya duit/modai dah ready), hang kena pikiaq 4 perkara nie (sila baca sambil geleng kopla cam org penang dok buat nun):

1. Infrastruktur - spesel punyaaaaa rumah dok ada








2. Sistem - cara nak saluq ayaq, time dia, sebiji sepokok hat yang hang tanya hari tue dll








3. Input - baja apa nak pakai, cara bancuh, nak campoq camana, racun dia








4. Orang yang hat nak jaga tue lah yang paling pentin sekali. Tokeh tabley kasi serah semuaa kat pekerja depa. Lepaih tue hari-hari kena belai pokok cam dok belai bini nun.
Kalu nak crita satu persatu, tak cukup masa la hat dok ada nie. Laiiin kali kalu kita jumpa kita sembang nooo... (sakit tengkok aku sbb dok geleng lebih)

Tuesday, April 28, 2009

Matjan's Idol


Teman hanya petik gambar sumbangan senior-senior dalam galery di laman alumni. Pada pendapat teman cikgu idola matjan nie adalah 'the coolest' yang teman pernah kenal walaupun dia tak pernah mengajor teman sebab teman tak peronah dan berani nak ambik matapelajaran matematik tambahan. Dia ngajor teman main volleyball aje.
p.s ...yang ye nye teman udah lupa bebeno sapa 2 org sebelah cikgu idola Matjan nie, rasanye macam biasa tengok dan kenal. Cikgu dulu-dulu jugak kan?

Thursday, April 23, 2009

Oat lagi


Teman dulu-dulu pun pemain bola sekolah gak.... tapi tak dapat makan oat pun. Nie yang buat bertambah tak pueh hati kat dema sampai ke hari nie....

Tuesday, April 21, 2009

Kole and the gang

Sementara nak menunggu gambar sahabat kita En. Rozalhasle dan keluarganya disiarkan pihak admin mengambil kesempatan untuk menyiarkan salah seorang lagi sahabat kita iaitu En. Ahmad Fadzli dan keluarganya dahulu.

Untuk makluman semua beliau ni bertugas di KL tetapi keluarganya tinggal di Ipoh.Jadi setiap minggu beliau akan berulangalik ke Ipoh utk menunaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang ayah dan suami kepada anak2 dan isteri tercinta.Kiranya weekend husband la ni.Mengikut perkiraan sudah hampir 5 tahun beliau membabitkan diri dalam bidang ni.Mula-mula katanya sengsara jugak tetapi lama kelamaan dia dan anak2 serta isteri boleh terima keadaan ni.lagipun nak buat camna ketentuan Allah.



Gambar diatas ialah beliau dan isterinya Puan Mizan Adiliah bt. Md Yusof,orang Ipoh.Isterinya bertugas sebagai remisier di Ipoh.



Yang ni gambar anak2nya.Nombor satu yang tengah tu Muhamad Ikmal Harith (9tahun)beranak 10 disember 2000.Nombor 2 yang belah kiri tu Aisya Sofea (7 tahun)beranak 12 mac 2002 dan yang last sekali belah kanan Alia Sofea(5 tahun) beranak 31 ogos 2004.



Inilah anak bongsunya yang memang suka bergambar persis model.

Thursday, April 16, 2009

Pengumuman

Untuk pengetahuan kome hari ini 16 April 2009 adalah hari lahir Puan Rosemaliza Ismail iaitu isteri kesayangan kepada sahabat kita Suhaimi Bin Shaharin.

p/s 2 shuhaimi... kim salam kat org pompuan engko

Wednesday, April 15, 2009

Miang Keladi

Tajuk kat atas tue hanya gimmick sebagai tarikan semata-mata untuk menarik perhatian sahabat-sahabat semua. Oleh kerana teman nie keroja nya dalam persekitaran bidang pertanian, so teman nak berkongsi sikit dengan kome semua. Baru-baru nie teman telah membuat satu lawatan ke kebun keladi orang kat Terengganu. So ada sedikit info teramat le ringkas yang tidak mengambilkira faktor kos secara teknikalnya.

Satu ekar tanah (yang tak berayor) , kome boleh tanam dengan 2,000 ke 2,500 pokok keladi (setelah di tolak dengan sebatang dua pokok durian lama yang sayang nak ditebang). Keladi jenis baik nie boleh menghasilkan ubi keladi yang besor sehingga boleh mencapai berat 500gm-1kg selepas 8-9 bulan ditanam. Harga tolak borong pada orang tengah lebih kurang RM2-RM2.50 sekilo. Sebagai seorg yang bersifat optimistik, dalam tempoh 9 bulan kome boleh jual ubi keladi dan dapat RM6,250. Dibahagikan dengan 9 bulan kome boleh earn RM694.44 sebulan..
Itu seekar yop...... kome pikior le sendiri


p/s : info conservative, kena duduk sembang sambil pekena kopi radik secawan + quaker oat semangkuk






Tuesday, April 14, 2009

Oat Punya Pasal


Sampe ke hari nie teman tak pueh hati dengan yop-yop kat ateh nie.... sebab deme dapat makan quicker oat pagi-pagi..... walaupun udah 20 tahun dulu.

Monday, April 13, 2009

Stok Gambar 2007


Gambar orang tua dari kanan...

Rizal, Farina, Elly, Asma, Idijah, Husband Idijah(lupa la nama abang bomba nie), Mosjo, Matku, Hasbullah, Wok Asnizar, Fadzall, Fazli, Koes(org rumah Oli) dan orang pompuan teman.


Gambar budak-budak dari kanan....

Anak Farina(Ma cakap macam adik Farina aje), Anak Hasbullah(2 org baju pink), anak Idijah(baju no 23), Anak rizal(baju belang), 2 orang anak Kerek(pemalu betui), anak teman tengah berdukong dengan maknya dan tepi sekali anak sulong Fazli tengah naik basikal roda 3.


Sorry, teman tak sempat nak bagi description. Hanya untuk sahabat-sahabat yang tak berkesempatan berjumpa dan bertemu muka sesama sendiri buat masa ini.

Tuesday, April 7, 2009

Latest Masnita & Family


Meh la nak tolong update psl diri sendiri...jd GK jap... Alang2 Rozal dah tertanya teman dah pindah ke ....

Dengan rasminya teman dah angkat bungkuih balik Perak tgh bln Nov 2008... ke Seri Iskandar, dah maleh nak dok KL... Jadi dah tak bole ler ngintei Rozal kat PBD tu...

Ni gambo masa raya poser aritu...tak ada gambo yg lg baru sbb mmg tak rajin nak tangkap...lgpun saiz kurang menarik utk ditangkap skrg :-(

Anak no 1 -Muhammad Akmal Haziq (31 Oktober 2002 bersamaan 25 Syaaban 1423)
Anak no 2 - Muhammad Amir Izzat (12 Oktober 2004 bersamaan 28 Syaaban 1425)
Anak no 3 - lom cari nama....insyaAllah (20 Ogos 2009 bersamaan 29 Syaaban 1430)
sama ngan mak dia tau...20 Ogos tu)

Sebelom korang tanya...yer...mmg sumer anak2 menyambut Ramadhan... tak taula terlebih pandai plan ke atau terbabas plan.

Asben lak Che Padli Che Idris, dia bukak kiosk makan kat Seri Iskandar ni...betoi2 depan ghumah...di Dataran Seri Iskandar. Baru 3 1/2 bulan beroperasi. Menu utama buat masa ni.... Nasi Kukus Ayam berempah, Chicken Chop, Spaggethi Bolognese, masak2 panas tu adala gak... air yg special...ice blended fruits...mcm2 buah ada. InsyaAllah tgh dlm proses nak mempelbagaikan western food.

Jadi kengkawan sumer, saper2 yg balik kampung tu atau yg mmg ada kat Perak ni, meh la lajak2 ke Seri Iskandar. Discount tu leh ler tanya bos camner... Calling2 jer bila nak singgah.... Haa...gambo anak2 teman kat bawah ni, betoi2 kat pago ghumah...yg nampak banner ijo kat belakang tu kedai...tu la jaraknya dr ghumah ke kedai...

Teman sendiri lak, keje sekarang jd drebar anak2...gi amik gi anto skolah. Settle hal diorg barula mengadap kedai teman sendiri lak yg terawang2 kat dunia internet. Jemput2la menziarah ke dua kedai online teman tu. Link ada kat posting2 teman kat chatbox kita tu...




p/s lupa lak...sapa2 ada info psl spital kat Ipoh bgtau la yer... sini tak ada spital...anak2 teman anak2 tingkap...so yg ni pun kena kut tingkap kut...tgh survey spital mana yg ok dn rege berpatutan kat Ipoh tu

Seluor



Sebelum teman memulakan topik merapu kita untuk kali ini, pertama sekali teman nak mintak maap dengan yop-yop kerana tanpa persetujuan kome teman telah menguploadkan gambo ini. Kedua untuk anony, teman nak bukak topik lain supaya topik VSS tidak dibincangkan. Kesian plak teman mendengonye... nak nolong tak kenei plak. Ketiga sebab Matku cute.... betui la engko cakap Cik Jatt ..kah ..kah ..kah. Keempat walaupun rock macamana pun...selipar tetap jamban.





Topik merapu untuk kali ini adalah berkenaan jenis-jenis seluar yang pernah kita pakai zaman dulu-dulu. Sebenarnya seluar yang kita pakai dulu-dulu adalah mengikut situasi dan dipengaruhi sedikit dengan trend masa berkenaan.


Kalau waktu persekolahan seperti biasa uniform seluar mestilah kaler hijau, yang membezakan hanyalah 'cutting' seluar tersebut. Yang nakal sedikit akan memakai seluar hijau 'jean cutting'.(Amir puyuh aje yang loyal dengan 'cutting carrot'...he he he). Waktu-waktu leisure sahabat-sahabat lelaki lebih berbangga dengan seluar getah ketat nak mampoih sehingga menonjolkan apa-apa yang tertonjol ...kah ..kah ..kah. Apabila masuk waktu bersukan rasanya dulu-dulu kita pernah meletup dengan trend seluar Antioni dengan t-shirt tenis(tengok aje yop di ateh). Teman pun ade sehelai seluar Antioni macam tue. Banyak sebenarnya perkara-perkara yg kelakar dan memorable mengenai seluar nie. Jadi teman bukak untuk dirapu-rapukan.

p/s


Untuk perempuan dulu-dulu teman rase kome punya kain mesti singkat... bagi nampak stokin yang ade bunga-bunga le konon. Cuma yang teman nak bandingkan dulu-dulu dengan sekarang, walau apa-apa seluar atau kain yang dipakai, baju mesti besar (tutup aurat - save the best for husband) berbanding budak-budak perempuan sekarang baju semua kecik-kecik (show the best to boys)... isk...isk...isk.. apa nak jadi tah.

Thursday, April 2, 2009

VSS

Kepada rakan-rakan yang pernah ambil skim VSS atau yang tahu bekenaan skim ni, macam mana nak kira dia punya pampasan tu? Kalau boleh kongsi kat sini, yelah nak buat persediaan sebelum buat keputusan nak ambil atau sebaliknya.