Wednesday, February 25, 2009

Anak-anak Didik Cikgu Rosnah

Ini adalah bekas anak-anak didik Cikgu Rosnah seorang guru prinsip perakaunan di sekolah SMRPB semasa tahun 89-90. Pelajar-pelajar ini belajar di kelas Sains Perdagangan. Semasa tahun tersebut, kelas sains perdagangan hanya mempunyai 6 org wanita sahaja dah selebihnya diwakili oleh kaum lelaki yang mempunyai bilangan 16 orang. Teman tak tau le apa perasaan kaum wanita ini semasa itu (tapi melalui pemerhatian mereka ini dilihat sebagai bersahaja sahaja tanpa ada perasaan didiskriminasi - terutamanya sahabat yang bernama Salmi Manja).



Waktu foto ini dirakamkan adalah semasa sesi prep malam yang hanya dikhaskan untuk belajar tetapi lebih kepada sesi bersembang(pakai kain pelikat je tue yop ha ha ha).

p/s

- Jo!! tengoklah betapa kurusnya engko berbanding sekarang ha ha ha...
- Maaf takde gambar wanita sebab kome semua takut nak dekat dengan kami.

Tuesday, February 24, 2009

Di Mana Aniza?

Semalam teman telah menghubungi Aniza(sms je), saje nak tau perkembangan sahabat kite nie and nak mintak dia surf blog kita. Untuk makluman semua, sedare kita nie sekarang ada di Mekah sedang mengerjakan umrah. Umrahnye dah selesai sekarang dia sedang melancong di Taif (tahle aku pun tak tau Taif tue kat mana dan ada apa). 27 haribulan nie dia balik. Insyaalah dia cakap akan masuk ke blog kita. Last sekali dia kirim salam kat semua kengkawan(tak jawab berdosa.. aku menyampaikan saje). Nanti dia boleh cerita pengalaman dia kat kita semua.

Mari kite sama-sama mendoakan sahabat kita nie selamat dalam perjalanan walau ke mana pun dan juga berdoa supaya kita juga diberi peluang untuk menjejaki kaki ke bumi Mekah ...insyallah.


p/s - aniza, pak arap encem tak??

Monday, February 23, 2009

Tolong Refresh Balik ???

Teman ada menyimpan sekeping gambar macam sahabat-sahabat sedang bekerja sebagai pembasuh pinggan sewaktu kenduri. Sebenor teman udah lupa peristiwa nie.... Sesiapa tolong komen untuk refresh balik cerite nie.

Wednesday, February 18, 2009

Latest Ainun And Anak-Anak


Assalamualaikum... Ini gambar terbaru Ainun sahabat kite. kome tengok ade gaye macam mak datin duduk dalam limo kat belakang tak????? gurau ye ainon yek... ke memang duduk dalam limo, kalo betul, confirmkan le pada kite semua sebab nampak macam pintu Lexus 300 je. Yang dia dukong tue anak yang kecik sekalikan baru umur 10 bulan. Sahabat kite nie duduk Segambut, dekat area bekas tol jalan kuching yg dah dibukak dulu tue, tepi-tepi tu la .. Lepas nie la, kalau sesiapa tersesat di Segambut boleh berhubung dengan sahabat kita nie untuk secawan dua kopi Radix. Kerja kat IRS( gomen nie yop- health + research industry nie) . Kalo nak tau IRS tue ape kome tanye le Ainon sendiri, teman telupa la.
Ini gambar anak-anak Ainon. Yang sulong yang perempuan tue (Atilia Batrisya-7 tahun), yang nampak macam nak terjah aje tue yang second (Aliff Haiqal-6 tahun), biase la yang laki mesti nampak ganas skit. Yang lelaki nie masa open house raya kat rumah teman dulu pun memang dah nampat ligat....Yang kecil sekali gambar kat bawah tue(Aliff Danish-10 bulan).

Anyway, gambar husband dia (Izrul Hisyam) masih belum dapat dipublishkan. Nanti bila-bila ada sahabat buat SSW ke Segambut , kita akan publishkan. Ini hanya information untuk sahabat yang telah terputus hubungan. Kalo nak no telefon mak datin nie, call saya atau matku.

- TQ to Ainun atas ehsan gambar ini-

Monday, February 16, 2009

SSW Shuhaimi Bin Shaharin

Pada tarikh yg sama SSW Matjan , teman telah mengadakan satu lagi SSW. SSW Suhaimi nie amatlah bermakna pada teman kerana kali terakhir berjumpa dengan beliau adalah pada April 1991(18 years ago). Dan aku rase ramai diantara kita pun tak pernah jumpa saudara nie.

Sahabat kita nie duduk kat Bandar Perdana Sg. Petani. Matjan yang bawak aku ke sana. Jalannye punye le berputor-putor siap lalu bawah highway plus lagi. Sahabat suku( skang dah tak suku tapi full) kita nie dah masuk kategori Bantamweight (biase le yop hati udah senang memanjang). Keroje kat EPF Seberang perai and berulang hari-hari.


Buat mase ni family depa ada 5 orang...anak 2 pompuan n sorang lelaki. Yang lelaki nie rambut panjang (....rock,rock,rock ekamatra)

Nama org pompuan - Rosemaliza Bt Ismail
Anak 1 - Sarah Emily (11 tahun)
Anak 2 - Syarmin Elise (8 tahun)
Anak 3 - Shamel Elham (2 tahun)

Yang besor sekali nie bila uncle-uncle datang teruih naik ke ateh(biase le yop udah besor , dah jadi anak dara). No 2 sporting skit nak tangkap gambo pun boleh... shumi , engko cakap kat anak engko Elise, birthday dia same tarikh dengan Fatin anak Matjan no. 2. Esok-esok buleh buat makan-makan birthday sama-sama.
Rasenye itu lah yang boleh aku cerite kan pasal SSW kawan kita kat Sg. Petani nie. sembang-gelak-sembang-gelak-sembang-gelak.. azan maghrib pun bebunyi... kuat plak tue...ghopenya pintu surau mengadap pintu rumah... padan le sejuk aje rumah engko ye Shumi...

Thursday, February 12, 2009

salina and family





ini adalah gambar2 yang dihantar oleh cik jatt(salina)pada aku untuk dipostkan di blog nie.sorry gambar nye kecik skit kalau aku resize kan nanti takut blur le plak.
gambar 1 :salina & family.sorang dalam perut lagi katanya.nama husband tak bagi le plak.(raya tahun lepas)
gambar 2:anak pertama aisya alyssa-darjah 2(sesapa nak booking bagitau mak dia).
gambar 3:anak no 2 le kot nama aleeya adeena baru 5 tahun.
gambar 3:anak yg bongsu nama areen aneesa-14 bulan.
terima kasih utk cik jatt kita kerana sudi membenarkan koleksi gambarnya menjadi tatapan kita sume.sesapa yang teringin utk berbisan dgn cik jatt sila beri butir2 anak masing-masing kat admin.
p/s gebu2 anak hang no...









Wednesday, February 11, 2009

SSW Mohd Irzan Bin Md Nasir

Baru-baru nie saye ada tugasan di Sg Petani. Jadi untuk kesempatan ini saye telah mengadakan satu sesi SSW dengan sahabat kita nie. Rumah Matjan nie kat taman Kelisa Ria Sg Petani( entah aku pun confuse kat belah mana tapi kat area hospital Sg Petani yang baru). Yang aku tau dia datang ambik aku. Kalo sesiapa nak full address die contact le teman.



Sahabat kita nie mengajor ropenye (cikgu add math lagi ha ha ha) Orang pompuan dia pun mengajor juga. Anak ada 3 orang- 2 lelaki sorang pompuan.

Nama org pompuan - Jamilah Bt Harun
Anak 1 - Muhammad Afiq Aiman (9 tahun)
Anak 2 - Nur Fatin Nabilah (8 tahun)
Anak 3 - Mohamad Danish Aiman (6 tahun)


nie ha gambo family deme....


Yang syoknye aku bersembang dengan anak lelaki sulong Matjan. Biase la pelet utara pekat tapi syok dengo. Petah budak nie, sembang macam orang tua, siap tanye gaji aku berapa lepeh tue die ulas. Yang aku tak tahan nak gelak nye... dia bersungguh-sungguh suruh bapak die tukar nama dia jadi Takiyudin sebab nama dia Aiman tue dia cakap nama budak-budak ...ha ha ha(siap dia pegi tanya orang yang keje pejabat pendaftaran macam mana proses tukar nama). Untuk Matjan engko kena didik budak bijak nie baik-baik.


ok, nanti aku publishkan SSW sahabat lain plak.
adios

Tuesday, February 10, 2009

Sidang Exco Tak Rasmi Perak

Seramai 6 exco perak telah bersidang di bilik mesyuarat MMZ pada 8 Februari 2009 yang lepas. Sidang tidak dapat melaksanakan mesyuarat di bilik biasa kerana telah dihalang memasuki oleh sekumpulan petugas yang tidak diketahui menyebelahi mana-mana pihak. Walau bagaimana pun sidang yang di pengerusikan oleh YB Mohd Shukri Yaacop tetap diadakan dan telah meluluskan 1 usul sulit yang tak dapat dihebahkan sehinggalah keputusan rasmi dari DYMM Sultan Perak. Demi untuk kesejahteraan rakyat perak, sidang telah mengemukakan dan meluluskan usul awam untuk terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada Raja Permaisuri Bainun.
Sekian , yang melaporkan.
Urusetia Exco Perak.

Silatulrahim Session With

Sebagai barisan penyumbang kepada blog nie, saye akan memperkenalkan satu ruangan yang dinamakan silatulrahim session with yang selepeh nie saye ringkaskan sebagai SSW. Ruangan ini akan memuatkan artikel yang bertujuan untuk memperkenalkan kembali sahabat batch kite beserta dengan ahlil keluarga mereka. Gambar family terbaru akan dipublishkan untuk tujuan kita mengenali sahabat kita nie n family beliau. Bukan ape yop, besok kut-kut le teseghempak boleh le tego menego.

Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menyimpan satu register keluarga sahabat kite ssemua sekali untuk kegunaan di kemudian hari.

Mohon kerjasama dan tahan kene selogho

Monday, February 9, 2009

bekas pelajar kelas 1A3

lelaki dari kiri:rahim,kole,haidil,shukri,azrul,cikgu mail,khairi,dollah,irzan,aidy dan asnizar
perempuan:ainun,fazila,halijah,adz,azizah,salamiah dan farina

ada diantara yang dah takde sebab lepas form 3 diaorang pindah.antaranya sahrolnizam,hisyam,darwis dan masnita.yang perempuan ada ke sesapa lagi?sikit sgt tu..
shuk, azman bulat bukan kelas kita ker?dia skrg kat kuching sarawak kawin ngan org sana.

details:rahim kawin ngan org kelantan skrg tak tau kat mane?last skali kerja kat penang.
kole skrg kat maybank bangsar,weekend husband ujung minggu balik ipoh.
haidil budak seberang perak,dgr cerita jadi pensyarah kat sebuah ipt.
shukri skrg ada kat shah alam,masih bekerja dikilang jepun kat s.alam.berjiran ngan oli/sydan.
azrul skrg kat langkawi dah tak belayar lagi takut mabuk laut.
cikgu mail tak dpt dikesan.
khairi bekerja di naza kg. baru.kalau nak beli kereta blh contact dia
dollah bekerja kat telekom kelana jaya.lama merantau kat labuan.
irzan jadi cikgu add math kat sg petani.
aidy lawyer kita ada firm kat kampar.sesapa nak saman menyaman cari dia.
asnizar aka wok kerja kat telekom gak tak ingat kat mana.masih bujang.
sahrol nizam skrg agen insuran,darwis dgr kerja kat US & hisyam tak tau berita.
yg pompuan sesapa blh tolong updatekan bagitau kat aku.

Wednesday, February 4, 2009

Wasiat Nabi Muhammad s.a.w Kepada Saidina Ali k.w.

Wahai Ali,bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1.jujur dalam berkata-kata
2.menjauhi segala yg haram
3.merendahkan diri

Wahai Ali,bagi orang yang JUJUR ada 3 tanda-tandanya:
1.merahsiakan ibadahnya
2.merahsiakan sedekahnya
3.merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali,bagi orang yang berTAQWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1.takut melakukan dusta dan keji
2.menjauhi kejahatan
3.memohon yg halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali,bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1.mengawasi dirinya
2.menghisab dirinya
3.memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.