Friday, July 31, 2009

Dato' Maharaja Lela

.... sejarah sepintas lalu....
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah seorang pembesar delapan Perak (pembesar ketujuh kekananan dari Sultan). Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak raja Bugis dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili telah datang ke Perak semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Dato' Maharaja Lela telah terlibat dengan perjuangan dan pembunuhan Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch(JWW Birch).

Pada 20 Januari 1874(lame beno dah tue) Perjanjian Pangkor telah ditandatangani oleh Raja Abdullah dengan British untuk bersetuju melantik Raja Abdullah menjadi Sultan Perak ( perebutan takhta dengan Sultan Ismail - deme nie dulu-dulu pun udah berebut kuasa lepeh tue org luor jugak yang untung , sama tak apa yang jadi sekarang??????). Sebagai balasan Perak akan ditadbir oleh British kecuali urusan adat istiadat dan agama.

Dato' Maharaja Lela bersama-sama Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja Ngah Kamdin (Dato' Sagor) dan pembesar-pembesar negeri lain telah bermesyuarat di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 untuk merancang perjuangan dan pembunuhan JWW Birch. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Raja Abdullah sendiri.

Pada 15 Oktober 1875 Gabenor Negeri Selat William Jervois telah mengishtiharkan pemerintahan ke atas negeri Perak. Dato Maharaja Lela telah membina kubu di Pasir Salak dan bersedia untuk berperang. JWW Birch dan askar-askar termasuk jurualih bahasa iaitu Mat Arshad telah ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk melaksanakan pengishtiharan tersebut. Mat Arshad dan pengikutnya yang diarahkan oleh JWW Birch untuk menampal pengishtiharan di Pasir Salak telah membangkitkan kemarahan penduduk Pasir Salak dan Kampung Gajah. Pandak Indut ( .... bapa mertua Dato Maharaja Lela) telah membunuh Mat Arshad dan seterusnya penduduk Pasir Salak telah mengamuk dan menyerang JWW Birch dan askarnya. Melalui serangan tersebut JWW Birch telah ditetak Si Puntung (orang suruhan Dato' Maharaja Lela yang di percayai orang asli).

Berikutan peristiwa tersebut Dato' Maharaja Lela telah diburu dan setelah setahun akhirnya Dat' Maharaja Lela berjaya ditangkap oleh British. Dato Maharaja Lela telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 kerana merancang pembunuhan tersebut.

... kalau ada silap fakta, tolong pebetui teman ye...

Gambo lelaki yang teman post tue bukan le ade kaitan dengan Dato' Maharaja Lela. Tapi gambo kereh kat ateh Para no 2 tue adalah keris milik Dato Maharaja Lela dan para paling ateh sekali tue adalah keris Raja Abdullah. Sapa-sapa yang berminat untuk memiliki kereh-kereh lama dan bersejarah tue contact le teman, nanti teman nego dengan pak mentua teman tue.

Saturday, July 25, 2009

stesyen bas


kalau sebelum ni sahabat kita rozal ada mempamerkan gambar menarik sekitar ipoh yang pernah kita semua pegi kali ni teman nak tunjuk satu tempat yang semua budak bainun mesti pegi punya.Stesyen Bas Ipoh.kat sini le bebudak bainun akan melepak sebelum memasing pegi ke pekan ipoh atau nak balik kampung time cuti sekolah.




lagi satu ni la kacang putih yang selalu budak bainun beli kat stesyen bas.

Thursday, July 23, 2009

SANA-SINI PERTH - LET'S GO TO THE BEACH




Assalamualaikum,

Atas permintaan Saudara Rozal, kali ni jom kita pergi pantai...
Gambar the first one, pantai kat area Perth ni, the second one di Busselton, about 3 hours from Perth, jeti tu the longest in South hemisphere, the third one, nama tempat nya -Injidup Point, 4 hours drive from Perth City
Semua tu pergi summer time, from Dec to March, panas nye boleh mencecah 42 degrees, tapi bukan everyday,sunlight nye memang perit, matahari pun rasa lagi dekat, kat sini rate skin cancer memang tinggi, kalau dtg sini time summer memang berjelaga lah eventhough tak sun bathing...now winter, from Jun until September, tapi sini tak de snow lah, bukan kawasan berbukit, kat Melbourne, Victoria adalah. Okay, till next time.Wassalam.






Wednesday, July 22, 2009

Tahniah Kepada Nizam Ahmad

... teman telah mendapat pesanan ringkas daripada sahabat kita saudara Nizam Bin Ahmad mengatakan bahawa isteri beliau telah selamat melahirkan anak lelaki sebagai anak yang ke3 pada tengah malam tadi.

Warga blog ini mengucapkan tahniah kepada saudara Nizam Ahmad dan isteri tercinta beliau di atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada beliau. Semoga ahli keluarga baru saudara kita ini menjadi insan yang bertakwa dan bersyukur.

tahniah, tahniah, tahniah

Friday, July 17, 2009

SALAM FROM PERTH
Assalamualaikum and G'day to all my dear 'old' friends ( eventhough we still look as young as ever)

Bukan niat nak meng'glamour'kan diri kat blog kita ni, tapi En. Ahmad Fadzli kita yg menjemput saya untuk berkongsi cerita tinggal di overseas, kalau macam tu tak pelah, bukan niat nak menunjuk...at least sesiapa yang nak datang sini, you get some ideas..

Before I show you Perth, I would like to introduce my family for those yg tak pernah jumpa saya since sekolah...sorry tak se'cute' dulu(he,he), yelah dah jadi emak orang, tak sempat nak gi gym exercise...

Jejaka hensem sebelah tu (siapa lagi nak puji kalau bukan isteri sendiri...), husband saya, Khairulamir Zainuddin from kg Rahmat, Bidor,sebelah kampung sahabat kita Rizal (satu sekolah masa primary school, tapi husband saya 1 year older), anak-anak - Muhd.Luqman Hakim 9 yrs, Muhd.Adam Fikri 7 yrs, Nur Aina Zulaika 6 yrs and Nur Anis Zulfah 1yr and 2 mths...okay, next time I will show u around Perth,Australia...

Wassalam


Thursday, July 16, 2009

1946


Tahun 1946 bukan lah tahun pembinaan bangunan di dalam gambar ini atau pun sesuatu yang berkaitan dengan sejarah. Ia hanyalah nama permainan kapal terbang dalam video game yang kebanyakan sahabat bermain di aras lower ground kepada bangunan tersebut. Nak main kat Jublee Park rasa macam tak safe plak ........isk isk isk.

.... saje teman mengenangkan kisah 20 tahun dulu.

Tuesday, July 14, 2009

Tertinggi


.... ini adalah bangunan yang tertinggi di Ipoh. Sebuah flat yang diberi nama sebagai Kinta Height( ....org Ipoh kena perbetul teman kalau salah ok...). Sahabat-sahabat yang berasal dari Ipoh sememangnya dah familiar. Cuma teman nak memperingatkan bagi sahabat-sahabat yang bukan dari Ipoh dan rasa-rasa macam pernah menjadikan lalu tepi bangunan ini sebagai short cut untuk ke super kinta... maklumlah dulu-dulu kan kita semua berjalan kaki saja. Bagi sahabat-sahabat yang terlupa kedudukan bangunan nie.... teman rasa betul-betul sebelah sungai Kinta dan seingat teman bersetentangan di seberang sungai tue teman ada nampak macam sebuah panggung wayang rase-rasenye.... ntah ape ke namenye teman udah lupa... tapi bukan panggung Lido or Cathay.

Monday, July 13, 2009

Kuih Pelangi

Ini dulunya adalah kuih kegemaran saudara Khairi Nordin dan Suhaimi sementara menunggu bas Kg Tengku Hussin yang di beli daripada Aya Kacang Putih stesyen bas ipoh. Dulu mereka panggil kuih ini kuih pelangi sebab warna-warni yang terdapat pada kuih tersebut. Sebenarnya selepas mengetahui , kuih ini adalah sejenis manisan yang dinamakan 'Laddu' yang merupakan makanan tradisi masyarakat India.

Sekian, teman pun suka juga..... manisssssss je

Friday, July 10, 2009

Renung-renung kan lah.....

.... petikan daripada artikel di Berita Harian hari ini....

Sentral: Remaja Cemar Dataran Seremban
Oleh Rabi'Atul Adawiyah Ismail
bhnews@bharian.com.my

SEREMBAN : Kehadiran sekumpulan remaja yang menjadikan Dataran Seremban di pusat bandar ini sebagai tempat bermalam menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang ramai yang melalui kawasan itu ...........

Sejak beberapa hari lalu, kumpulan remaja itu datang pada waktu malam dan tidur di dataran itu. Antara jam 7 hingga 8 pagi, mereka bangun dan mandi di kolam di situ, lalu beredar dari situ. Ada masanya, selepas jam 8 pagi pun masih ada yang terus lena tanpa memikirkan pengguna jalan raya.

Apa yang menghairankan penduduk ialah remaja berkenaan seolah-olah tidak mempunyai keluarga kerana sanggup tidur di situ..........

...... isk isk isk.... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang nie.... tapi dulu 20 tahun yang lalu teman pernah jugak nampak aktiviti-aktiviti tak sihat macam nie, tapi bukan di Dataran Seremban tapi di Dataran Stesyen Keretapi Ipoh.... isk isk isk.... dunia ini umpama roda

.... isk isk isk.... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang nie.... tapi dulu 20 tahun yang lalu teman pernah jugak nampak aktiviti-aktiviti tak sihat macam nie, bukan di Dataran Seremban tapi di Dataran Stesyen Keretapi di Ipoh. isk isk isk isk... dunia ini umpama roda

Keris

3 bulan lepas Muzium Negara telah mengadakan satu kempen/pameran senjata-senjata lama. Antara aktivitinya pada satu tarikh hujung minggu dalam bulan tue adalah pertandingan keindahan keris-keris lama dan pameran solo. Jadi teman nak share betapa indah nye keris-keris orang-orang dahulu yang di pamerkan dan masuk bertanding.


Kagum tak????????
Teman pun join le menyertai pameran solo untuk keris-keris lama(.... jadi pembantu kepada ayahanda mertua yang pamer keris Dato Maharajalela kita... nanti kita bincang pasal Dato Maharajalela dalam posting lain ok).

Wednesday, July 8, 2009

SSW Rozalhasle

Oleh kerana dah lama tak update blog nie, jadi teman telah membuat satu sesi SSW ke rumah sahabat kita di Puchong sana. Teman rasa ramai yang biasa berjumpa sahabat kita nie dan ramai juga yang dah berpuluh tahun tak pernah berjumpa. Saudara Rozalhasle kita nie tinggal di Puchong dah dekat 10 tahun dah. Kerojenye di bukit damansara... keroje gomen yang jage peladang-peladang kate nye.

Yop nie ada 2 orang anak pompuan yang nama kedua-duanya ada Siti(minat sgt dengan datuk siti le dulu tu...). Orang pompuan sahabat kita nie orang kelantan tapi sedang diusahakan untuk diperakkan, sebab teman dengo dia tak cakap air tapi ayor.
Nama org pompuan : Aduni Adlin
Nama anak 1 : Siti Syafiqah
Nama anak 2 : Siti Shakirah

Jadi kalo sesiapa yang nak berhubungan dengan sahabat kita nie... contact le teman, nanti teman bagi nombo telepon dia. Ni hah gambo terbaru sebelum gambo dengan bro epi yang saudara kita bagi untuk sesapa yang dah lama tak berapa ingat... kalu beselisih katenya tego tego le.
ps - teman dapat info, rame sebeno nya pasangan sahabat-sahabat kita org belah kelantan. raye nanti boleh le buat gathering kat wakaf che yeh .....

Tuesday, July 7, 2009

Kelebihan Solat Berjemaah di Masjid


-Solat seorang lelaki berjemaah pahalanya lebih dari solat seorang diri di rumahnya atau di etmpat kerjanya 27 darjat lebih.
-Apabila seseorang itu telah mengambil wuduk dengan sempurna kemudian menuju ke masjid dengan tiada tujuan lain melainkan untuk dirikan solat:
-setiap langkahnya akan diangkatkan satu darjat dan dihapuskan satu dosanya sehingga ia masuk masjid.
-apakala berada dalam masjid ia dianggapkan berada dalam solat selama ia menunggu solat seterusnya.
-malaikat juga berdoa selama ia berada ditempat solatnya:
Ya Allah Kasihlah dia,
Ya Allah Ampunilah dia,
Ya Allah Maafkanlah dia.
Malaikat berdoa kepadanya selama ia tidak menyakiti orang dan selama tidak berhadas(batal wuduknya)ditempat itu.
JOM SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

Wednesday, July 1, 2009

SSW My Brother Epi

Baru-baru ini teman telah ke Ipoh untuk berjumpa dengan abang hensem kita saudara Nizam. Tak sangka pulak teman dapat berjumpa dengan seorang senior yang teman rasa sahabat-sahabat memang kenal. Brother Epi ( sorry yop, ingat nama Rafi aje.... nama panjang terlupa) sekarang berada di Ipoh dan duduk di Manjoi- keroje sendiri. Sembang punya sembang terlupa lak tanya pasal family. Brother kita nie rupanya dah lama merantau di negeri orang, sejak dua menjak nie je duduk di Malaysia.

Untuk brother Epi, kita ucapkan selamat maju jaya dan maju perut. Nie ada ada gambar lama Dorm A5 dulu masa tahun 1986 dan gambar terbaru untuk penilaian kemajuan.... sesame le kita maju ke hadapan.... perut dan rambut kena cover skit yop.

.