Sunday, February 28, 2010

JOM SIHAT - AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Assalamulaikum,

Semua orang tahu pasal gaya hidup sihat,cuma nak mengamalkannya memanglah agak susah.."easy said than done". Cubalah ikhtiar sedikit demi sedikit...

1. Pemakanan yang seimbang.
Piramid makanan dah biasa tengokkan. Kesimpulannya lebih kurang macam ni lah..
i. Ambil makanan karbohidrat secara sederhana. Kurangkan nasi dalam pinggan tu ( kita makan macam nak pergi bendang.. hakikatnya..kerja duduk je ( ni kena kat batang hidung sendiri!)
ii.Untuk sumber protein, kerap makan ikan berbanding ayam dan daging. Selain rendah kolesterol, ikan banyak Omega 3 yang baik untuk jantung dan otak.
iii. Banyakkan sayuran dan buah-buahan. Sangat bagus untuk sistem imuniti badan dan pembuangan najis yang teratur serta kurangkan risiko cancer.
vi.Kurangkan penggunaan santan, lemak tepu; butter. Cubalah masak secara kukus dan bakar. Sesekali gunalah minyak yang tinggi kandungan lemak tak tepu seperti;zaitun, bunga matahari (dalam Quran pun ada sebut pasal buah zaitun kan...)
Untuk 'dairy products', ambil susu atau keju rendah lemak sahaja.
v.Minum air kosong dengan kerap. Negara kita ramai yang menghidap batu karang dan penyakit ginjal yang lain, 'bersihkan' ginjal kita dengan air kosong selalu...

2. Aktifkan diri kita. Zaman sekarang ni punyalah banyak teknologi sampai kita duduk saja...computer, TV, games dan lain-lain...yang ada anak, cubalah kita ajak mereka bermain dan keluarkan peluh..yang single lagi, boleh pergi gym...

3. Katakan TAK NAK pada rokok...tolong kementerian kesihatan sikit...ramai ke group kita yang merokok?

4. Stabilkan emosi dan mental. Kalau otak dan mental tak stabil, badan pun tak sihat..alhamdulillah kita sebagai umat Islam, diajar sembahyang dan doa dan sebagainya...sama-samalah kita mengamalkannya...

14 comments:

admin said...

dr azimah ni confirm gian nak jumpa patient.takpe nanti bulan july dah balik kan?first patient yg jumpa mesti kena bancuh punya..

bro. hamdan said...

Sapa masih ingat di dorm A6 dulu telah 'terjumpa' satu botol penuh abu rokok...
Dah ingat2 lupa cerita lama ni!
Anony; boleh kau story sikit.

azimah said...

tuan admin: plan nye tak de lah keroje terus, balik nanti..kesian kat anak yg kecik sekali, sign contract jadi suri rumah-4 tahun, tunggu dia pergi tadika...hehehe

admin said...

zim takut masa jadi suri rumah 4 tahun tiba2 keluor lagi sorang camne?

rozal said...

4 tahun lagi nak keroje balik.... bestnya cuti lama nie.

rozal said...

jgn sampai lupa perkataan hemoglobin(isk betui ke nie...) dah le.

rozal said...

takut esok-esok nak tulih kat kad pesakit paracetemol engko tertulis butter cake... zim. hi hi hi

bro. hamdan said...

emmmm...

azimah said...

pandai lah korang semua buat andaian ye...

bro. hamdan said...

Pada dr Nor Azimah; nak balik ke tanah air sikit masa nanti apa lah agaknya nak dibawak ole-ole...

azimah said...

ole-ole ye...saya bawak kanggaroo sorang satu nak..kihkih

rozal said...

kangaroo takbleh sebab binatang nie lincah sangat.... hamdan boleh le kontrol kanggaroo :)

bro. hamdan said...

kuang, kuang, kuang...
Nyu; sebenonya engko sorang je yg tak boleh jaga kanggaroo sebab menatang ni tak boleh hidup dlm laut!
Ada sapa2 yg tgh online skrg?

rizal rosly said...

aku pg2 makan pisang dulu. Hamdan a.k.a rays, lama x dgr cerita.