Wednesday, March 11, 2009

Tau Tak ??? Virgin Coconut Oil

Minyak kelapa dara mempunyai kandungan lauric asid yang tinggi di mana kandungan asid ini sama dengan yang terdapat di dalam susu badan ibu. Minyak kelapa dara terdiri daripada asid lemak berantai sederhana (MCFA -Median Chain Fatty Asid) yang bertindak balas secara berbeza dari lemak minyak lain. Selain dari Asid Laurid(C12) ia juga mengandungi Asid Kaprilik(C8) dan Asid Kaprik(C10... bukan nasik paprik haa) yang mana mempunyai sifat anti mikroba seperti anti bakteria, anti virus, anti protozoa dan anti kulat. MCFA ini berupaya membinasakan selaput lipid pada virus dan bakteria dengan cara menyerap masuk ke lapisan tersebut dan seterusnya melemah dan menguraikan lapisan membran lemak yang meyelaputi virus dan bakteria tersebut( senang cerita boleh bunuh virus la....). Sehubungan itu nak disenangkan cerita, minyak kelapa dara ini akan meningkatkan kadar penghapusan virus dan bakteria yang dilemahkan oleh unsur MCFA yang mempunyai kandungan asid laurik(susu ibu... bukan susu ibu lembu). Antara virus yang diselaputi lipid yang boleh dilemahkan oleh MCFA adalah HIV, Influaenza, Leukemia dan Hepatitis C.

Kajian juga menunjukkan bahawa minyak kelapa dara baik untuk sistem daya tahan tubuh selain menurunkan paras gula dalam darah, mengelak risiko kanser, HIV, leukimia, hepatitis, selsema dan untuk kecantikan kulit serta rambut.

Pada pandang teman oleh kerana minyak ini mempunyai sifat anti mikroba yang terdiri dari protozoa dan kulat maka boleh disimpulkan bahawa minyak ini sesuai untuk menghapuskan sejenis penyakit merbahaya yang pernah menyerang negara dulu-dulu iaitu DRAGON.

***Minyak Kelapa Dara ini banyak dikeluarkan di Bagan Datoh.... Sape lagi yang nak nolong orang perak yop.

1 comment:

Anonymous said...

nyu minyak kelapa dara b.datoh je ke ,anak dara b. datoh takde?