Tuesday, January 6, 2009

HARI ASYURA-10 MUHARRAM (7 JANUARY 2009)


Merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam.Asyura berasal daripada perkataan arab asyara yang bermaksud sepuluh.Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh didalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam , hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku keatas para nabi.Disebabkan itu masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw.
Antara perkara sunat yang dilakukan pada hari Asyura:
1:melapangkan masa/belanja anak,isteri dan keluarga
2:memuliakan fakir miskin
3:mengusap kepala anak yatim (menghormati & memuliakan mereka)
4:bersedekah
5:puasa sunat Asyura

No comments: