Thursday, October 15, 2009

Cadangan Sidang Dewan Di Kg. Manjoi


...... Saya tuan speaker yang telah dilantik oleh almarhum Paduka Seri Sultan Muzafar Shah (makamnya ada di Telok Bakong, Bota Kanan) iaitu anakanda kepada Sultan terakhir kerajaan Melaka Sultan Mahmud Shah daripada isteri ketiga beliau yang bernama Puteri Onang Kemuning setelah mendapat wasiat daripada mimpi baginda bertemu dengan Raja Shah Jahan(King of Gangga Negara)... dengan ini mencadangkan satu sidang ringkas dan pantas.

Majlis yang dicadangkan akan diadakan pada 1 November 2009 jam 9pagi sehingga 1tgh bertempat kantin sekolah Sekolah Menengah Manjoi di kampung Dato' Ahmad Said. Aturcara majlis yang dicadangkan adalah seperti dibawah :

8.30 am - Ketibaan VVIP(tuan speaker)
9.00 am - Ketibaan ahli-ahli
9.01 am - Sesi sidang
1.15 pm - Zohor
1.30 pm - Bertolak ke Medan Gopeng
4.00 pm - Bersurai

Adalah dengan ini dijemput semua sahabat-sahabat 8690 yang tinggal di seluruh pelusuk nusantara untuk hadir, sila maklumkan rancangan ini kepada ahli-ahli yang saya tidak berkesempatan untuk saya sms dan hubungi melalui telefon(sebab teman takde no telepon deme) .....Kehadiran ahli-ahli sidang Wanita adalah amat amat diharapkan supaya sidang ini akan menjadi lebih meriah. Saya meminta semua ahli-ahli sidang supaya dapat merancang kehadiran, cara, bagaimana, bila dan masa dengan baik untuk menjadikan majlis sidang yang dicadangkan menjadi kenyataan. Yang memerlukan pujukan khas bolehlah memulakan daripada sekarang.

Sekian, saya amat memerlukan feedback daripada ahli-ahli kita untuk menzahirkan majlis ini. Saya akan membuat pengesahan dengan ahli-ahli pada minggu terakhir bulan Oktober untuk tujuan pengesahan, samada majlis tersebut boleh diteruskan ataupun ditangguhkan. Kalo ada ape-ape tolong telefon teman atau saudara Fadzli aka Kole.

p.s.... kalo speaker yang raje perak pertame lantik ini pun kome tak nak dengo....

3 comments:

kole said...

nyu guna la kuasa dan pujuk rayu hang utk menjayakan acara ni.

rozal said...

pujuk rayu???? auwwwww

rozal said...

tolong hebah-hebahkan kepada semua kawan-kawan. aku dah sms pada semua sahabat yg nombor depa ada dalam phonebook telepon aku... sebenonya no pompuan tak ramei yang aku ade...

pakat-pakat le bagi jadi program nie.