Thursday, September 24, 2009

SANA-SINI PERTH - RAMADHAN DAN SYAWAL



Assalamualaikum...alhamdulillah kami di sini selamat menyempurnakan ibadah puasa seterusnya menyambut aidilfitri...waktu berbuka puasa di sini awal sedikit berbanding Malaysia sebab sekarang masih di akhir winter, dalam pukul 6 petang dah berbuka, perpuasa dari pukul 5 pagi....disebabkan komuniti melayu islam di sini agak ramai, ada juga bazar ramadhan tapi hari ahad saja, di buat di salah sebuah masjid di sini, dapatlah jugak merasa membeli kuih kat sini...Pagi raya pula, suami dan anak-anak menyempurnakan sembahyang raya di masjid ini(gambar diatas, masjid Rivervale) ada lagi dalam 4-5 masjid lagi di sini, semuanya penuh sampai luar masjid orang sembahyang ( standardlah tu kan...sembahyang raya mesti penuh tak muat-muat, tapi sembahyang lain tak)...okay, salam aidilfitri..semoga kita dapat bertemu ramadhan dan syawal tahun depan, Insya Allah

2 comments:

kole said...

azim kat sana takde ke org main meriam ataupun mercun?kat m'msia tahun ni ramai le gak yg beraya tak cukup jari..

azimah said...

nasib baik tak de meriam dan mercun kat sini, bunga api je ade...dia orang ni memang tak pernah serik ye...