Tuesday, November 10, 2009

Gambo Puteri Teman

Gambar Pertama Hari Dilahirkan 2 Oktober 2009


Gambar Kedua Sebulan 2 Hari 4 November 2009




Salam buat kengkawan sume. Harap semuanya sihat sejahtera. Kawan kita Norazah Wahid tengah di Tanah Suci mengerjakan Haji. Bila terfikir diri sendiri bila lah gamaknye dipanggil selepas ke umrah 2006. Insya-Allah dalam masa terdekat ni berazam untuk ke Tanah Suci sebelum umur 40. Lagi 4 tahun lagi tu x lama lagi....


Apapun kali ni teman berkarya sebab nak kongsi ngan kengkawan sekalian gambo puteri teman DHIA WAFA WAFIYYA (DHIA: Cahaya , Sinaran; WAFA: Ketaatan, Kesetiaan, Kepercayaan; WAFIYYA: Yang melengkapi, Sempurna, Benar, Dipercayai) Semoga ia memberi sinar kebahagian buat kami sekeluarga selepas 10 tahun menadah tangan berdoa kepadaNYA. Semoga ia menjadi anak dan seterusnya muslimah yang solehah.Ucapan Terima Kasih kami buat semua kengkawan yang telah mendoakan semoga puteri teman selamat dilahirkan. Alahamdulillah masa dilahirkan berat 2.81kg dan sekarang 4.0kg.

Kalau takde aral Insya-Allah kami akan mengadakan majlis Aqiqah dan cukur jambul pada 19 December 2009 ini. Insya-Allah jika diizinkan Allah. Kalau confirm saya akan officially hantar undangan ke majlis tersebut buat mereka yang berdekatan ngan Seremban dan yang berkelapangan.

OK Over and Out dulu

11 comments:

shuk said...

Semoga bergembira & bersyukur dgn nikmatNya.Comei baby..

Cik Jatt said...

semoga mjadi anak yg solehah.. amin

miezanz said...

tahniah

kole said...

fuhh..yus berbaloi tunggu 10 tahun dpt anak comel.didik baik2.insyaallah lagi 20 tahun boleh berbesan kot...

rozal said...

gambo no. 2 tue nampak sebijik macam muka maknya yus.

azimah said...

alhamdulillah baby sihat dan comel...Yusri;baby breastfed tak?

YusriNSalina said...

Salam ukhwah buat semua yang sudi mencoret kat topik ni. Buat Shuk, Pn. Salina, Mizan jnr, Kole,Rozal& Dr. Azimah. Kalau nak ikutkan puteri teman agak iras arwah nenek dia bahagian mulut & mata terus ke dahi. Itulah semua kuasa Allah. Sedangkan arwah ibu teman meninggal masa teman umur 14 hari. Teman pun x sempat jumpa namun cucu dia ada iras beliau. Tapi tak tau ler si puteri masih kecil lagi dalam proses nak membesar tu muka dia akan turut berubah kut. Untuk pengetahuan Dr. Zim kita Wafa hanya minum susu formula je sekarang sebab mama dia dah kering susu seawal umur dia dua minggu. Puas diusahakan urut, ikut petua orang dulu namun tetap ditakdirkan susu dah x kuar lagi. Kesian Wafa namun kalau itu dah ketentuan-NYA kami redha. Namun yang penting Wafa sihat. Mama dia insya-Allah ari Ahad ni complete berpantang 44days.

rozal said...

100 hari yus baru boleh...

Anonymous said...

2 minggu jer cukup....term takleh lama2...

rozal said...

anony!! aku cakap 100 hari baru bleh makan nasik sejuk... kalo 2 minggu bentan le yop.

mie said...

Tahniah beb semoga bauat lagi