Friday, December 26, 2008

TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI



Suatu hari , Imam Ghazali berkumpul dgn murid2nya lalu beliau bertanya teka-teki:



a) Imam Ghazali :"Apakah yg paling dekat dgn. diri kita di dunia ini?"
murid 1 :"org tua"
murid 2 :"guru"
murid 3 :"teman"
Imam Ghazali : "semua jawapan itu benar tetapi yg paling dekat dgn kita ialah MATI.sebab
itu janji Allah bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati (surah Ali-Imran
: 185)


b) Imam Ghazali :"apa yg paling jauh dari kita di dunia ini?"
murid 1 :"negeri china"
murid 2 :"bulan"
murid 3 :"matahari"
Imam Ghazali :"semua jawapan itu benar tetapi yg paling jauh adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita tetap kita tidak akan dpt
kembali ke masa lalu.


c) Imam Ghazali :"Apa yg paling besar di dunia ini?"
murid 1 :"gunung"
murid 2 :"matahari"
murid 3 :"bumi"
Imam Ghazali :"semua jawapan itu benar tapi yg paling besar ialah HAWA NAFSU".(surah Al-A'raf:
179)


d)Imam Ghazali :"Apa yg paling berat di dunia?"
murid 1 :"baja"
murid 2 :"besi"
murid 3 :"gajah"
Imam Ghazali :"semua itu benar tapi yg paling berat ialah MEMEGANG AMANAH.(surah al-ahzab:72)
tumbuh2han,binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta
mereka menjadi khalifah didunia ini.tetapi manusia dgn sombongnya berebut2 menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga byk manusia masuk ke neraka krn gagal memegang amanah."



e)Imam Ghazali :"apakah yg paling ringan di dunia?"
murid 1 :"kapas"
murid 2 :"angin"
murid 3 :"debu"
Imam Ghazali :"semua itu benar tapi yg paling ringan didunia ialah MENINGGALKAN SOLAT."gara2
pekerjaan kita atau urusan dunia kita tinggalkan solat.



f)Imam Ghazali :"apa yg paling tajam di dunia?"
murid2 dgn serentak menjawab : "pedang"
Imam Ghazali :"itu benar tapi yg paling tajam didunia ialah LIDAH MANUSIA.krn melalui lidah manusia dgn
mudahnya ,menyakiti hati dan perasaan saudaranya sendiri."



Saudaraku semua ! ingatlah tugas,kerja,pangkat,gaji,taraf hidup kita skrg adalah pemberianAllah SWT.Dia berikan semua ini utk memudahkan kita beribadat.Jangan abaikan solat 5 waktu yg hanya dikerjakan selama 5-7 minit sahaja.Dikhuatiri akan ditarik balik nikmat tersebut dan merana sepanjang hidup dgn kesusahan