Monday, March 29, 2010

Poligami

Poligami bermakna sistem perkahwinan yang mana seorang lelaki yang cukup syarat-syaratnya berkahwin lebih daripada satu perempuan iaitu sehingga empat.

-hanya Al-Quran sahaja sebagai kitab agama yang menetapkan supaya berkahwin satu.tidak ada dalam Vedas,Ramayanan,Mahabharat,Geetha,Thamud dan Injil.kitab-kitab itu tidak ada halangan kepada bilangan isteri dan hanya beberapa kurun barulah Sami Hindu dan Gereja Kristian menghalang perkahwinan lebih daripada satu.Yahudi dalam negara Islam melarang perkahwinan lebih daripada satu pada tahun 1950.Orang Hindu dilarang berkahwin lebih daripada satu melalui akta perkahwinan hindu bertarikh 1954.Mengikut rekod lebih ramai orang Hindu yang berkahwin lebih daripada satu jika dibandingkan dengan orang Islam,mengikut bancian tahun 1951-61.

-Al-Quran sangat jelas tentang perkahwinan,iaitu dalam ayat 3 surah An-Nisaa'(4) yang bermaksud:
....maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan dua,tiga atau empat.kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku ADIL(diantara isteri-isteri kamu)maka (berkahwinlah dengan) SEORANG sahaja....
dalam surah yang sama ayat 129 Allah berfirman yang bermaksud:Dan kamu tidak akan dapat berlaku ADIL diantara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh(hendak melakukannya).

Poligami adalah jatuh kepada hukum HARUS dan tidak dapat dirumuskan bahawa orang yang beristeri lebih daripada satu itu lebih alim daripada yang tidak berpoligami.

Wallahualam.

Sumber:petikan drpd buku '20 most common questions about Islam' oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik

5 comments:

bro. hamdan said...

Teman nak ucap tahniah pd admin yg hebat sbb boleh menterjemah buku dr. a.karim naik... setahu teman dr karim adalah cendekiawan islam yg hebat dari india bertutur dlm bahasa india dan inggeris; pernah menewaskn dr cambell dari canada dlm perbahasan agama lewat 1990an dulu.

arnony said...

fuh...yoooo dapat kawen 100 ker lagi syiokkkk, sikit banget tuh..

azimah said...

kaum lelaki kena hayati ni...ayat kedua memang menunjukkan Allah menggalakkan MONOGAMI walaupun POLIGAMI dibenarkan..
Selalu orang bagi alasan ikut sunnah, punye banyak sunnah lain tak buat hehehe
Semasa Rasulullah berkahwin dgn Saidatina Khadijah, Baginda tak berpoligami pun, sehingga Khadijah wafat...ini luahan hati seorang wanita ni..sapa yg sanggup berkongsi kasih ..Wallahu Alam...

Anonymous said...

aku tak nak komen la...sekarang ok la...3..4 tahun lg tak tau la pulak..tak berani nak cakap...aku biasa la..cari tu tak la kot..kalau datang aku tak tolak...itu jerrr...

Anonymous said...

aku tak nak komen la...sekarang ok la...3..4 tahun lg tak tau la pulak..tak berani nak cakap...aku biasa la..cari tu tak la kot..kalau datang aku tak tolak...itu jerrr...